awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selangor tubuh jawatankuasa perubahan iklim bagi mendepani bencana

Bernama
Bernama
24/01/2022
06:18 MYT
Selangor tubuh jawatankuasa perubahan iklim bagi mendepani bencana
Jawatankuasa perubahan iklim itu akan menumpukan terhadap usaha pencegahan dan kawalan bencana, kata Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari. - Gambar fail BERNAMA
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan menubuhkan sebuah jawatankuasa perubahan iklim yang menghimpunkan tokoh-tokoh akademik alam sekitar dan badan bukan kerajaan (NGO) bagi mendepani kemungkinan bencana di negeri itu, kata Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari.
Beliau berkata, jawatankuasa tersebut akan diketuai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar negeri, Hee Loy Sian yang akan menumpukan terhadap usaha pencegahan dan kawalan bencana.
"Satu laporan berkenaan kawalan bencana antara Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan (NAHRIM), Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA) dan negeri Selangor telah diperoleh dan direncana (dan data bagi laporan akan dihasilkan)," katanya kepada pemberita selepas Majlis Amanat Tahun Baharu di Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor di sini, hari ini.
Menurut Amirudin, laporan tersebut diharap boleh menyelamatkan kebarangkalian bandar-bandar berhampiran dengan pesisir pantai daripada dinaiki air di masa hadapan dan langkah menghadapi banjir seperti yang berlaku baru-baru ini supaya lebih bersiap siaga.
Beliau berkata, laporan tersebut turut merangkumi aspek perubahan iklim dan usaha mengurangkan kesan pemanasan global serta kesan sampingan lain antaranya harga makanan, kelangsungan hidup, pemeliharaan dan pembangunan hijau.
Terdahulu, Amirudin dalam amanat beliau menyeru penjawat awam supaya lebih bersiap sedia untuk berdepan dengan cabaran baharu susulan pandemik COVID-19 dan banjir baru-baru ini. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Selangor
#jawatankuasa perubahan iklim
#alam sekitar
#kawalan bencana
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan