awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kenaikan 300 peratus peruntukan Jalan Persekutuan bukti komitmen Kerajaan MADANI - Nanta
Sinergi kerajaan, industri pastikan keperluan Ramadan kekal mampu milik - Ahmad Zahid
Polis serbu rumah penampungan, tahan 22 pendatang tanpa izin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selebriti, pempengaruh dalam radar JPJ

Sinar Harian
Sinar Harian
10/08/2025
05:00 MYT
Selebriti, pempengaruh dalam radar JPJ
Antara kenderaan mewah yang disita JPJ menerusi Ops Luxury dijalankan baru-baru ini.
KUALA LUMPUR: Selebriti tanah air antara beberapa individu yang berada dalam radar Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berhubung isu kegagalan memperbaharui cukai jalan kenderaan mewah milik mereka.

Ringkasan AI
  • JPJ menjalankan risikan terhadap selebriti, pempengaruh dan ahli perniagaan yang gagal memperbaharui cukai jalan kenderaan mewah, dengan pemantauan dilakukan tanpa niat mengaibkan mana-mana pihak.
  • Tindakan tegas akan diambil jika kenderaan yang tamat tempoh cukai jalan dikesan digunakan di jalan raya, selaras dengan prinsip pematuhan undang-undang tanpa pengecualian.
  • Sejak Ops Luxury bermula 1 Julai, sebanyak 258 kenderaan mewah telah disita, dengan Kuala Lumpur mencatat jumlah tertinggi dan pelbagai kesalahan termasuk tiada LKM, insurans, lesen sah serta nombor pendaftaran tidak berdaftar.

Selain itu, JPJ turut mengenal pasti beberapa individu lain terdiri daripada pempengaruh dan ahli perniagaan.
Pengarah Kanan Penguatkuasaan Undang-Undang JPJ, Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, hasil risikan terbaharu mendapati beberapa individu berkenaan termasuk dalam senarai pemilik kenderaan yang dipercayai telah tamat tempoh cukai jalan.
"Risikan yang dijalankan setakat ini mendapati kenderaan milik mereka tidak digunakan di jalan raya.
"Bagaimanapun, sekiranya kenderaan terbabit dikesan dipandu tanpa cukai jalan yang sah, tindakan tegas akan diambil," katanya pada sidang media di Depoh Sita JPJ Kuala Lumpur pada Sabtu.
Katanya, pemantauan terhadap golongan berstatus itu bukan bertujuan mengaibkan mana-mana pihak.
"Perlu diingat bahawa JPJ bukan mahu mencari salah, namun mahu setiap individu mematuhi peraturan yang ditetapkan.
"Kewajipan mematuhi undang-undang adalah sama untuk semua, tiada pengecualian," katanya.
Terdahulu, statistik Ops Luxury sejak 1 Julai lalu mencatatkan sebanyak 258 kenderaan mewah pelbagai jenama telah disita.
Statistik turut merekodkan Kuala Lumpur sebagai negeri tertinggi dengan 93 buah, diikuti Selangor (61), Pulau Pinang (28), Sarawak (16), Kelantan (15) serta lain-lain negeri.
Antara kesalahan yang dikesan termasuk tiada Lesen Kenderaan Motor (LKM), tiada perlindungan insurans, lesen memandu tamat tempoh atau tiada lesen sah, mempamerkan nombor pendaftaran belum berdaftar, serta pelbagai kesalahan teknikal lain. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#JPJ
#kereta mewah
#artis
#selebriti
#influencer
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan