Universtiti Teknologi Mara (UiTM) Pasir Gudang ditutup lima hari ekoran pencemaran bahan kimia di daerah berkenaan.

Ia selepas Mesyuarat Jawatankuasa Operasi Bencana UiTM cawangan Johor memutuskan penangguhan operasi serta kuliah di kampus berkenaan bermula 13 hingga 17 Mac depan.

Penangguhan itu bagi memastikan tiada pelajar terkesan dengan bencana Kim Kim yang melanda Pasir Gudang ketika ini.

Semua pelajar juga turut dinasihatkan agar memakai topeng muka serta mengambil langkah berjaga jaga ketika mengadakan aktiviti luar.

Terdahulu, sebanyak 34 buah sekolah lagi di sekitar Pasir Gudang diarah tutup serta-merta susulan daripada pembuangan sisa kimia di Sungai Kim Kim yang kini berada pada tahap yang semakin kritikal.

BACA: Pencemaran bahan kimia: 34 buah sekolah lagi diarah tutup

Pengumuman terbaharu ini menjadikan jumlah sekolah yang diarah tutup meingkat kepada 45 buah sekolah selepas semalam 11 buah sekolah yang berada dalam radius 3 kilometer juga ditutup serta-merta.