Meskipun sambutan peringkat kebangsaan Hari Malaysia ke-51 berlangsung di Miri, Sarawak malam ini, namun rakyat di seluruh negara tidak ketinggalan meraikan hari penuh bermakna dalam sejarah negara itu sejak pagi.
Di Kuala Lumpur, antara yang meraikannya ialah Persatuan Penduduk Taman Fern Grove di Cheras yang menyaksikan penduduk pelbagai kaum menyambutnya dalam satu majlis sederhana tetapi meriah dan penuh semangat muhibah.
Ia dimeriahkan dengan pertandingan pakaian tradisional kanak-kanak berumur antara 3 dan 12 tahun bertujuan menyemai rasa cinta dan bangga terhadap kepelbagaian tradisi dan budaya masyarakat Malaysia.
Pengerusi persatuan itu, Datuk Hod Parman ketika ditemui Bernama menegaskan sambutan Hari Malaysia tidak seharusnya hanya disemarakkan di peringkat kebangsaan tetapi perlu bermula pada peringkat akar umbi.
"Sekiranya sambutan seperti Hari Malaysia dan hari perayaan utama di negara ini dapat dilakukan bermula pada peringkat bawahan seperti di taman perumahan, saya kira perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa dan agama dapat dibajai dan diperkukuhkan lagi.
"Oleh itu, sambutan kali ini adalah sebahagian daripada usaha kecil-kecilan penduduk setempat untuk menyemarakkan lagi sambutan Hari Malaysia, tanpa mengira latar belakang kaum dan agama," katanya ketika ditemui pada majlis tersebut.
Sementara itu, rata-rata orang ramai yang ditemui di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini, bersetuju bahawa Malaysia berjaya mencapai kejayaan membanggakan sepanjang 51 tahun lepas setelah kemasukan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Tanah Melayu bagi membentuk Malaysia pada tahun 1963, melalui toleransi.
Bagi seorang peniaga, Mazian Harun, 47, melahirkan rasa syukur bahawa rakyat Malaysia bernasib baik dapat hidup dalam suasana aman tanpa sebarang masalah jika dibandingkan dengan banyak negara lain yang bergolak.
Seorang eksekutif pemasaran Normaadiah Abdul Rahman, 38, berkata Hari Malaysia ialah hari cuti umum yang memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk bersama keluarga dan orang tersayang.
"Berada di tengah-tengah kota di sini dengan begitu ramai orang di sekeliling saya, membuatkan saya bangga melihat betapa hebatnya kita sebagai rakyat Malaysia yang telah maju dan hidup dengan harmoni dan saling memahami perbezaan kita," katanya.
Di Ipoh, sambutan peringkat negeri Perak yang diadakan malam tadi di Dataran Majlis Bandaraya Ipoh di sini menyaksikan Raja Di-Hilir Perak Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah berkenan melepaskan acara berbasikal 'Kayuhan Merdeka 2014' sebelum kemuncak sambutan.
Ia disertai kira-kira 2,000 peserta termasuk Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang berbasikal sejauh 15 kilometer mengelilingi kawasan tumpuan pelancong sekitar Ipoh.
Peserta luar negara seperti Thailand, Singapura, Jepun, England, China, Sepanyol dan Hong Kong juga menyertai program tersebut yang bertujuan menggalakkan penggunaan basikal ke Ipoh sebagai 'Bandar Hijau'.
Mereka kemudian bersama-sama masyarakat pelbagai lapisan meraikan sambutan Hari Malaysia yang diserikan dengan acara kebudayaan dan persembahan pentas di dataran berkenaan.
LIHAT GALERI FOTO SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE-51
Di Pekan, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan barisan Exco Kerajaan Negeri menyertai hampir 3,000 anggota masyarakat di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah bagi meraikan sambutan Hari Malaysia ke-51 peringkat negeri.
Program itu diserikan dengan pelbagai acara seperti tarian kebudayaan pelbagai kaum di Malaysia, deklamasi sajak kemerdekaan serta nyanyian yang disertai kira-kira 100 peserta, terdiri daripada penjawat awam dan pelajar sekolah.
Dalam ucapannya, Adnan menyeru seluruh rakyat Pahang agar bersatu padu dan menyokong kepimpinan tertinggi negara kerana sekiranya rakyat berpecah, keamanan negara yang dimiliki negara selama ini akan musnah.
"Janganlah kita berkawan atau bersatu dengan kaum lain hanya di atas pentas ketika membuat persembahan, tetapi di bawah pentas pun kita kekalkan persahabatan itu," katanya.
Di Bera, sambutan Hari Malaysia turut dimeriahkan lebih 300 penduduk Orang Asli di kawasan Tasik Bera dan perkampungan sekitarnya yang berhimpun di padang awam Perkampungan Orang Asli Pos Iskandar.
Ketua Kampung Orang Asli Pos Iskandar, Noriah Abas berkata perhimpunan tersebut sebagai tanda bersyukur masyarakat Orang Asli di situ terhadap usaha kerajaan yang banyak membela nasib mereka.
Selain berhimpun, penduduk turut bergotong-royong mengadakan kenduri kampung selain mengadakan sukan rakyat, acara kebudayaan, bacaan sajak dialek Orang Asli dan nyanyian lagu patriotik.
Di Kuala Terengganu, Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Terengganu mengedarkan sebanyak 500 Jalur Gemilang kepada pengunjung yang berkunjung ke Kampung Cina di sini sempena sambutan Hari Malaysia.
Presidennya Datuk Low Kian Chuan berkata menerusi program seumpama itu, ia diharap dapat memupuk semangat perpaduan dalam kalangan penduduk setempat selain mengingati hari bersejarah negara.
Beliau berkata program berkenaan juga merupakan antara aktiviti Festival Peranakan yang julung kali diadakan tahun ini bermula 12 hingga 20 Sept.
Katanya, ia dapat menarik lebih ramai pelancong antarabangsa dan tempatan berkunjung ke kampung Cina khususnya semasa cuti persekolahan.
Bernama
Tue Sep 16 2014
Sambutan kali ini adalah sebahagian daripada usaha kecil-kecilan penduduk setempat untuk menyemarakkan lagi sambutan Hari Malaysia
Dua beregu negara buru gelaran juara BWF 2024
Dua beregu negara iaitu beregu profesional Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei dan beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee We akan turun hari ini beraksi di Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China bagi memburu gelaran juara dan membawa pulang wang tunai hampir sejuta ringgit.
Perkembangan Kongres Khas PKR
Kongres Khas PKR bagi meminda perlembangaan parti sedang berlangsung pada ketika ini di Shah Alam Selangor.
Bersama rakan setugas, Umavathi Ramayah untuk perkembangan mengenai perjalanan kongres
Bersama rakan setugas, Umavathi Ramayah untuk perkembangan mengenai perjalanan kongres
Jangan ada sikap kawan makan kawan - Puteri UMNO
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi mengingatkan agar pemimpin termasuk anggota UMNO tidak memiliki sikap ‘kawan makan kawan’ dalam gabungan Kerajaan Perpaduan.
Dalam satu kenyataan, Nurul memberitahu, sudah cukup pengalaman pemimpin UMNO melompat parti dan dicuri parti lain sebelum ini.
Dalam satu kenyataan, Nurul memberitahu, sudah cukup pengalaman pemimpin UMNO melompat parti dan dicuri parti lain sebelum ini.
[TERKINI] Tengku Zafrul akan umum kedudukan dalam masa terdekat
Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz menyatakan beliau akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kedudukan politiknya dalam masa terdekat.
Ketika ditanya sama ada beliau akan meninggalkan Umno, beliau berkata akan mengeluarkan kenyataan pada sebelah petang.
Ketika ditanya sama ada beliau akan meninggalkan Umno, beliau berkata akan mengeluarkan kenyataan pada sebelah petang.
Pelumba 'drag battle' maut, kereta hilang kawalan di litar perlumbaan
Seorang peserta 'drag battle' maut dalam kemalangan ketika acara perlumbaan berlangsung di Litar Sandakan Turf Club Batu 5, di sini pada Sabtu.
Perlembagaan PKR tidak boleh statik selamanya - Saifuddin
Beberapa lagi pindaan signifikan Perlembagaan PKR bakal diputuskan dalam Kongres Khas parti itu yang berlangsung pada Ahad.
Pelbagai usaha dilaksana Kerajaan Madani jaga kebajikan rakyat
Pelbagai anjakan dan reformasi yang mengutamakan kebajikan rakyat diusahakan dalam pentadbiran Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sepanjang tahun ini.
Usaha Katiravan Subrayan selamatkan planet bawa beliau ke Antartika
Katiravan menjadi antara segelintir rakyat Malaysia yang menjejakkan kaki ke benua berais itu.
Piala AMEC: Persatuan Bola Sepak Thailand tampung kos penyokong Malaysia cedera dipukul
PENYOKONG Malaysia yang tercedera akibat dipukul oleh penyokong tuan rumah di Stadium Rajamangala, Bangkok malam tadi, mendapat perhatian segera daripada Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT).
Tengku Zafrul akan perjelas spekulasi sertai PKR dalam masa terdekat
Tengku Zafrul akan membuat kenyataan berhubung khabar angin penyertaannya ke PKR dalam masa terdekat.
'Masih rindu, harap orang Borneo juga rindu orang Pahang' - Agong
Yang di-Pertuan Agong bertitah bahawa pengalaman sepanjang meyertai Kembara Kenali Borneo masih meninggalkan kesan kepada Seri Paduka Baginda sekeluarga.
Agong berkenan rasmi Jambatan Guai, harap bawa pembangunan kepada penduduk sekitar
Yang di-Pertuan Agong berkenan mencemar duli menyempurnakan perasmian Jambatan Guai di Kampung Seberang Guai di Bera, hari ini.
Perkukuhkan pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM)
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini merasmikan pertandingan Golden Mathematics Challenge 2023 di Maktab Rendah Sains Mara ATM Bera.
Pekerja kilang maut, motosikal bertembung lori
Seorang pekerja kilang maut selepas motosikal ditungganginya bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 35 Jalan Temerloh Bahau di Bera.
"Saya harap Bajet 2023 yang dibentang semula ditambah baik" - Ismail Sabri
Berharap semua projek pembangunan yang dibentangkan dalam Bajet 2023 pada tahun lalu, khususnya yang menjaga kepentingan rakyat.
Lelaki bertopeng tetak mangsa, larikan kenderaan di Bera
Polis Bera menerima maklumat berkaitan kejadian pada pukul 10.10 pagi dan bergegas ke lokasi kejadian.
PRU15: 'Saya janji jika diberi peluang, pelbagai perancangan diteruskan untuk rakyat' - PM
Jika mandat rakyat berpihak kepada BN kata Ismail Sabri lagi, lebih banyak perancangan akan dibuat demi memanfaatkan rakyat.
PRU15: Syarat 'walkabout' menyusahkan, bayaran permit iklan pilihan raya tak munasabah - Calon PH
Calon DUN Guai PRU15 Noraini Abdul Ghani mengecam tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenakan syarat permohonan permit 'walkabout' di tempat tumpuan awam.
Nasib penjaja, peniaga kecil tidak pernah dipinggir - Ismail Sabri
Kerajaan tidak pernah meminggirkan golongan penjaja dan peniaga kecil dalam usaha membantu meningkatkan taraf hidup mereka, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Ekonomi negara semakin pulih hasil toleransi Keluarga Malaysia - PM
Sikap toleransi yang ditonjolkan rakyat dalam Keluarga Malaysia membolehkan ekonomi negara terus bangkit.