awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SelVAX: Sejuta warga industri dijangka lengkap terima vaksin menjelang Oktober

Bernama
Bernama
23/07/2021
09:32 MYT
SelVAX: Sejuta warga industri dijangka lengkap terima vaksin menjelang Oktober
Setakat ini, seramai 89,653 warga industri Selangor daripada 52,000 syarikat telah menerima vaksin di bawah SelVAX Industri. - Bernama
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor menyasarkan seramai sejuta warga industri yang berdaftar di bawah Program Vaksin Selangor (SelVAX) akan lengkap menerima dua dos vaksin COVID-19 menjelang Oktober ini.
Exco Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan negeri Rodziah Ismail berkata, SelVAX adalah antara usaha kerajaan negeri bagi mempercepatkan proses vaksinasi rakyat dengan mengenal pasti kumpulan sasaran (SelVAX Komuniti) serta memelihara pekerja (SelVAX Industri).
"Setakat ini, seramai 89,653 warga industri Selangor daripada 52,000 syarikat telah menerima vaksin di bawah SelVAX Industri.
"Keutamaan diberikan kepada industri yang berisiko, penting, mempunyai pekerja yang ramai serta perusahaan kecil dan sederhana yang menghasilkan produk penting di bawah 200 pekerja," katanya kepada pemberita pada Program SelVAX Komuniti Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga, di pusat pemberian vaksin (PPV) Hotel De Palma di sini hari ini.
Sementara itu, katanya kesemua penerima vaksin dari 56 DUN Selangor di bawah program SelVAX Komuniti, dijangka selesai menerima dos pertama pada pertengahan bulan depan.
Di bawah program itu, kerajaan Selangor berhasrat memberikan 2.5 juta dos vaksin kepada sekitar satu juta penduduknya dengan dibahagikan kepada dua kategori iaitu 500,000 dos kepada masyarakat umum, manakala dua juta dos lagi untuk pekerja industri.
Matlamat utamanya bagi melengkapi pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dan memastikan imuniti kelompok dicapai.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Selangor
#vaksin
#SelVAX
#pekerja industri
#program vaksin selangor
#COVID-19
#Rodziah Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan