KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia Nurul Ain Haron yang sebelum ini terkandas di Palestin dan menyaksikan sendiri serangan misil dan bedilan bertalu-talu tentera Israel berkata semangat dan jiwa besar anak-anak kecil di bumi Gaza sebenarnya yang menjadi penguat semangat diri untuk tabah dalam menghadapi situasi peperangan yang getir dan belum pernah dialaminya seumur hidup.
Nurul Ain, 37, yang bekerja sebagai pembantu doktor gigi di Emiriah Arab Bersatu (UAE) berkata semangat yang diperoleh daripada anak kecil di Gaza bukan hanya menguatkan dirinya untuk bertahan dengan situasi getir itu hari demi hari, malah berjaya "membunuh" perasaan takut ketika menyalurkan bantuan kepada penduduk di sana.
"Serangan demi serangan yang dilalui setiap hari tidak mustahillah kalau saya kata saya tidak berasa takut namun apabila melihat reaksi berbeza daripada anak-anak Gaza yang begitu tenang, di situlah menjadi detik yang mengubah perasaan saya.
Sehingga ada masanya apabila saya menutup telinga kerana mendengar bunyi letupan di sana-sini, tindakan saya itu ditegah oleh anak-anak kecil dan mereka berkata kepada saya jangan takut, tidak ada masalah," katanya yang merupakan satu-satunya rakyat Malaysia yang menjadi saksi terhadap kekejaman rejim Zionis Israel di bumi Gaza.
Bagaimanapun, serangan misil dan bedilan bertalu-talu yang hampir tiga kali meragut nyawa Nurul Ain dan suami seorang warga Palestin Mohamed A. M. Shaat, 33, masih lagi terngiang-ngiang dalam ingatan, katanya kepada Bernama ketika ditemui di sini hari ini yang menjadi tetamu di Bernama Radio dalam rancangan temu bual khas bertajuk "Seksa Dunia Di Bumi Gaza".
Menceritakan detik itu, Nurul Ain yang terkandas di Khan Yunis, Gaza sejak 7 Okt lepas berkata serangan misil di kawasan awam serta penempatan berlaku tidak jauh dari lokasi beliau dan suami berada pada jarak sekitar 200 hingga 500 meter.
"Ada ketika serangan berlaku, saya dan suami keluar untuk mencari barangan bantuan termasuk makanan, selimut dan sebagainya meskipun tahu barangan keperluan sukar untuk didapati... bunyi letupan misil yang sangat kuat kedengaran di sana-sini dan saya lihat sendiri asap dan api.
Kita tahu kita hampir terkorban kerana serangan misil berada pada jarak hanya 200 hingga 500 meter sahaja daripada kami," katanya.
Beliau berkata meskipun perlu berdepan dengan risiko yang ada di mana-mana, namun atas rasa tanggungjawab beliau dan suami tetap akan memastikan sumbangan daripada rakyat Malaysia sampai kepada penduduk Gaza.
Nurul Ain juga berkata saat yang paling tidak dapat dilupakan apabila berdepan dengan situasi serangan berterusan selama lapan jam dan menyaksikan sendiri para syuhada yang berbau wangi.
"Malam itu, talian Internet dan telefon diputuskan, suami saya kata ini bukan petanda yang baik, malam itu serangan memang sangat hampir dengan kami, saya kata kalaulah malam ini saya mati, maka matilah saya. Dalam tempoh 11 malam hingga 7 pagi, bunyi bedilan misil tidak henti dan diikuti pula dengan bunyi tembakan daripada kereta kebal.
Selain itu, saya juga masih ingat bila tiba di bilik mayat untuk mengecam ahli keluarga suami yang dikhuatiri telah meninggal dunia, saya sendiri saksikan jasad-jasad para syuhada ini langsung tidak berbau hanyir darah atau bau busuk tetapi sebaliknya berbau wangi," katanya.
Nurul Ain dan suami berada di Gaza sejak 1 Okt lepas untuk melawat keluarga mentuanya sebelum pergolakan di Gaza tercetus..
Seminggu berada di Gaza sebelum tercetusnya serangan, Nurul Ain yang buat pertama kalinya menjejakkan kaki di Gaza turut menceritakan keindahan bumi para nabi dengan bangunan lama yang tersergam indah serta hidup dengan aktiviti harian termasuk perniagaan.
Nurul Ain berkata sejak hari pertama tercetusnya konflik, bekalan elektrik dan air telah terputus dan hanya bergantung dengan tenaga suria untuk mengecas telefon bimbit dan sebagainya.
"Telefon bimbit kita cas pakai tenaga suria begitu juga dengan bateri-bateri kereta dan motor. Mandi pula hanya menggunakan tisu basah... tetapi setakat saya berada di sana, belum pernah terputus bekalan makanan kerana jiran-jiran semua saling membantu dan sangat peka dengan keadaan jiran yang lain," katanya.
Nurul Ain berkata, meskipun telah berada di luar Gaza, namun bantuan tetap akan disalurkan selagi ada yang menderma.
"Saya akan teruskan (salur bantuan) sebab masih ada orang yang menderma, saya memang sudah berhubung dengan pemborong makanan termasuk penjual selimut, jika bekalan ada kita akan terus hantar kepada mangsa di sana," katanya.
Sementara itu, Mohamed yang bekerja sebagai Pegawai Perlindungan Sinaran di UAE berkata anak-anak Palestin sememangnya dididik untuk mencintai tanah warisan bumi mereka dan sebarang tindakan yang dilakukan walau terpaksa mengorbankan nyawa sekalipun, ia adalah demi mempertahankan hak mereka.
"Bumi ini adalah tanah warisan kita. Ajaran dan didikan untuk anak-anak sampai dari generasi ke generasi. Kita tahu bahawa kita mempertahankan tanah kita, dari situ kita dapat semangat. Sebab itu, jika ada ahli keluarga yang meninggal, ahli keluarga yang lain masih bersemangat dan bersyukur kerana anak-anak dan keluarga mereka telah mati syahid," katanya.
Pejabat media kerajaan di Gaza pada Rabu mengumumkan bahawa jumlah kematian akibat serangan di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt telah meningkat kepada 11,500, termasuk 4,710 kanak-kanak dan 3,160 wanita.
Nurul Ain bersama suaminya dibawa keluar dari Gaza melalui sempadan Rafah di Mesir tiba di tanah air dengan penerbangan Qatar Airways dari Doha, Qatar, pada 14 Nov lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 16 2023
Nurul Ain juga berkata saat yang paling tidak dapat dilupakan apabila berdepan dengan situasi serangan berterusan selama lapan jam dan menyaksikan sendiri para syuhada yang berbau wangi. - Gambar Bernama
AWANI Ringkas: Beregu campuran negara mara ke final
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sifat materialistik adalah malapetaka masyarakat - Dr Maza
Manusia pada masa kini cenderung mengutamakan nilai materialistik, termasuk dalam bidang perubatan.
Menurut Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, keadaan ini adalah satu malapetaka dalam kehidupan yang perlu segera diatasi sebelum memberi kesan yang lebih buruk kepada masyarakat.
Menurut Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, keadaan ini adalah satu malapetaka dalam kehidupan yang perlu segera diatasi sebelum memberi kesan yang lebih buruk kepada masyarakat.
Jangan lewatkan urusan jenazah jika tiada keperluan - Dr Maza
Islam tidak menganjurkan untuk menyimpan jenazah terlalu lama sehingga mendatangkan kemudaratan kepada jasad jika tiada alasan munasabah.
Menurut Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin ini kerana Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara.
Menurut Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin ini kerana Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara.
Polis kenal pasti pemilik kenderaan langgar tiang LRT
Polis telah mengenal pasti pemilik kenderaan yang terlibat dalam kemalangan melanggar tiang Transit Aliran Ringan (LRT), Khamis lalu.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir bermula Isnin ini
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) maklumkamn, lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula Isnin ini hingga 19 Disember.
[TERKINI] Tang Jie-Ee Wei mara ke final di WTF 2024
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei berjaya melangkah ke perlawanan akhir pada Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2024 di Hangzhou China.
Kejayaan itu dicapai selepas menewaskan rakan senegara, Goh Soon Huat-Shevon Lai dengan keputusan straight set 21-15, 21-12 dalam masa 42 minit pada Sabtu.
Kejayaan itu dicapai selepas menewaskan rakan senegara, Goh Soon Huat-Shevon Lai dengan keputusan straight set 21-15, 21-12 dalam masa 42 minit pada Sabtu.
'Ini beg darah ke-99, dua minggu lagi boleh genapkan 100' - Azhan Rani
Tekad mahu membantu pesakit yang memerlukan mendorong pelakon, Azhan Rani untuk menderma darah sebanyak 99 kali dan menyasarkan untuk mencapai angka 100 dalam tempoh dua minggu lagi.
Ujian air kencing terhadap Zahnita Wilson kerana ada laporan berkaitan dadah
Ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap bekas pelakon dan peragawati terkenal, Zahnita Wilson dilakukan berikutan terdapat laporan berkaitan dadah membabitkan wanita itu.
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Korban Gaza meningkat kepada 43,374 orang, 102,261 lagi cedera
Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, dalam tempoh 24 jam yang lalu sahaja, 33 rakyat Palestin telah terbunuh dan 156 lagi cedera.
Lapan maut, tiga cedera kilang minyak masak terbakar
Sekurang-kurangnya lapan maut manakala tiga lagi cedera dalam kebakaran besar sebuah kilang minyak masak di Bekasi Jakarta Indonesia pada Jumaat.
Pasukan HADR Malaysia hantar bantuan untuk mangsa Taufan Trami di Filipina
Pasukan Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) Malaysia telah menghantar bantuan ke Wilayah Bicol di selatan Luzon, Filipina, yang dilanda banjir teruk susulan Taufan Tropika Kristine (Trami).
74 lagi rakyat Palestin terbunuh, korban Gaza kini meningkat kepada 42,792
Serangan rejim zionis di seluruh Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lalu telah mengorbankan 74 rakyat Palestin dan mencederakan 130 yang lain.
4 terkorban nahas pesawat di Pulau Sulawesi
Sebuah pesawat milik syarikat penerbangan Indonesia, SAM Air terhempas di wilayah Gorontalo, Pulau Sulawesi pada Ahad mengorbankan kesemua yang berada di dalamnya.
Satu lagi kematian akibat denggi dilaporkan
Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,624 kes pada Minggu Epidemiologi ke-41 (ME41) iaitu bagi tempoh 6 Okt hingga 12 Okt, berbanding 1,639 kes dilaporkan pada minggu sebelumnya.
Sekurang-kurangnya 42,344 rakyat Palestin terbunuh dalam perang Israel di Gaza
Angka sebenar kematian dianggarkan jauh lebih tinggi, dengan ribuan mayat tertimbus dalam kemusnahan besar akibat serangan Israel.
Korban Gaza meningkat kepada 42,227
Dalam tempoh 24 jam yang lalu, serangan Israel telah mengorbankan sekurang-kurangnya 52 orang dan mencederakan 128 yang lain.
Operasi Ribut Al-Aqsa mimpi ngeri buat Israel - Penganalisis Arab
Seorang penganalisis Arab percaya bahawa Operasi Ribut Al-Aqsa, yang dilancarkan oleh pergerakan perjuangan Palestin, Hamas, mencetuskan perubahan ketara dalam persamaan pertempuran.
Rwanda catat 7 lagi kes penyakit virus Marburg, jumlah kematian meningkat kepada 11
Jumlah keseluruhan jangkitan virus Marburg sejak wabak bermula kini sebanyak 36 kes, dengan 11 kematian dilaporkan setakat ini.