NATIONAL
Sembilan lagi anggota FRU dirawat di hospital, lima cedera parah

Antara mangsa nahas melibatkan trak FRU dengan lori batu kerikil di Jalan Chikus-Sungai Lampam yang dibawa ke hospital. -Gambar fail/APM Hilir Perak
KUALA LUMPUR: Nahas yang mengorbankan sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Perak disifatkan sebagai satu kehilangan besar buat Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan negara.
Ringkasan AI
- Nahas di Jalan Chikus-Sungai Lampam yang mengorbankan sembilan anggota FRU dan pemandu lori disifatkan sebagai kehilangan besar buat PDRM dan negara.
- Pengarah KDNKA Bukit Aman, Datuk Seri Azmi Abu Kassim, merakamkan ucapan takziah dan menyatakan rasa dukacita mendalam, serta mendoakan kesembuhan anggota yang cedera, termasuk lima yang parah.
- Beliau menegaskan bahawa semangat perjuangan anggota FRU yang terkorban akan terus dikenang, dan PDRM berduka atas kehilangan wira-wira yang berkhidmat dengan penuh dedikasi.
Azmi berkata, anggota FRU terlibat telah berkhidmat dengan penuh dedikasi dan komitmen dalam menjaga keamanan serta keselamatan negara.
“Saya mendoakan agar roh para wira yang terkorban dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Buat keluarga mangsa, semoga diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi dugaan ini.
“Bagi anggota yang sedang menerima rawatan, marilah kita bersama-sama mendoakan agar mereka segera pulih seperti sedia kala.
"PDRM berduka atas kehilangan ini, namun semangat perjuangan mereka akan terus kami kenang dan sematkan dalam jiwa,” ujarnya. -Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami