JOHOR BAHRU:Lapan lelaki dan seorang wanita menjadi individu terawal dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, mengikut pindaan baharu Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan pindaan 2020 yang berkuat kuasa Jumaat lepas.
Kesemua tertuduh berusia antara 25 hingga 56 tahun itu didakwa atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol melebihi had ditetapkan iaitu 50 miligram dalam 100 mililiter darah, di sekitar Johor Bahru antara 23 hingga 25 Okt lepas.
Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 pindaan 2020 memperuntukkan hukuman denda maksimum RM30,000, penjara sehingga dua tahun serta hilang kelayakan lesen selama dua tahun.
Lapan daripada mereka termasuk tertuduh wanita mengaku bersalah, manakala seorang lagi minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Asidah A. Rahman.
Nur Asidah kemudian menjatuhkan hukuman penjara tujuh hari, denda RM10,000 serta hilang kelayakan lesen memandu selama dua tahun ke atas lapan tertuduh.
Mahkamah turut memerintahkan kesemua mereka menjalani hukuman penjara dari tarikh sabitan dan dipenjara 10 bulan lagi jika gagal membayar denda.
Bagi seorang tertuduh yang mengaku tidak bersalah, mahkamah membenarkan jaminan RM13,000 dan menetapkan tarikh sebutan semula pada 26 Nov.
Terdahulu, Pegawai Pendakwaan Trafik Asisten Superintenden Azmi Abdul Salam memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada semua tertuduh dan masyarakat awam.
Kelapan-lapan tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman denda minimum atas alasan mereka telah insaf dan perlu menanggung keluarga.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 26 2020
Pindaan baharu memperuntukkan hukuman denda maksimum RM30,000, penjara sehingga dua tahun serta hilang kelayakan lesen selama dua tahun.
Beli kondo mewah: Isa Samad, Mohd Emir diperintah bayar RM3.31 juta kepada FGV
Mahkamah Tinggi memerintahkan bekas Mohd Isa dan bekas Mohd Emir membayar lebih RM3.31 juta kepada syarikat itu berhubung pembelian dua unit kondominium mewah di ibu negara.
AWANI Ringkas: Kandungan mudarat di media sosial meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Xiaomi lancar kereta elektrik Xiaomi SU7, harga bermula RM141,500
Xiaomi semalam secara rasminya telah melancarkan kereta elektrik mereka yang pertama dinamakan Xiaomi SU7 untuk pasaran China.
X akan tawar ciri premium percuma jika ada lebih 2,500 pengikut disahkan
ELON Musk memaklumkan perubahan pada penawaran ciri-ciri X kepada semua akaun.
'Tulisan jawi tiada kaitan Jelajah Perikatan Nasional' - MUDA Kelantan
MUDA Kelantan menegaskan tulisan jawi tertera pada sepanduknya adalah logo rasmi baharu cawangan itu, dan tiada kaitan dengan program Jelajah Perikatan Nasional (PN).
Ops Lebih Muatan: JPJ keluar 126 notis saman, 13 kenderaan barangan dikenakan tindakan
Sebanyak 126 notis saman dikeluarkan JPJ Pulau Pinang terhadap pemandu kenderaan barangan menerusi Ops Khas Lebih Muatan di sekitar negeri ini.
AWANI Ringkas: Bas terbalik di Lebuh Raya Karak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki mengaku rogol, cabul anak kandung
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Seri Rahmat, Batu Gajah pada jam 10 hingga 12 malam, Februari lalu.
Piala Uber: Pearly ambil sudut positif jika tidak ke Chengdu
Pearly Tan tidak berasa kecil hati sekiranya beliau dan pasangan M. Thinaah, tidak disenaraikan ke skuad Piala Uber 2024 di Chengdu, China.
Bubur Lambuk Ayam Belanda hidangan istimewa di Kampung Parit Sikom
Istimewa Ramadan 2024, penduduk kampung Parit Sikom, Pontian, Johor menikmati hidangan istimewa, Bubur Lambuk Ayam Belanda, yang diedarkan sebanyak 500 pek .
Pegawai penguatkuasa ditahan minta suapan RM8,000
Kedua-dua individu itu disyaki meminta RM8,000 sebagai balasan meringankan hukuman di atas kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol.
Kemboja larang jual, minum alkohol semasa pilihan raya umum
Ia bertujuan mencegah gangguan sosial dan memastikan pilihan raya berjalan dalam suasana bebas dan adil tanpa keganasan dan intimidasi.
21 maut akibat keracunan minuman keras
Mereka didakwa menelan sejenis minuman keras alkohol yang dipercayai mengandungi racun.
Enam maut dirempuh trak ketika pesta barbeku
Tujuh lagi individu masih menerima rawatan di hospital, termasuk seorang berada dalam keadaan kritikal.
Pekerja kilang maut dilanggar pacuan empat roda
Siasatan polis juga mengesyaki pemandu kenderaan itu memandu di bawah pengaruh alkohol.
Lelaki bawa parang ke balai nak tetak polis
Hasil siasatan lanjut mendapati, suspek disyaki di bawah pengaruh alkohol dengan bau arak yang sangat kuat.
Tujuh lelaki ditahan dalam Op Samseng Jalanan
Kesemua individu ditahan dibawa ke BSPT IPD Seremban untuk tindakan lanjut.
Parti liar caj RM150 untuk 3 jam, 18 individu termasuk empat wanita asing ditahan
Polis menahan 18 individu termasuk empat wanita warga asing ketika sedang asyik mengadakan parti liar di sebuah kondominium di Jalan Metro Prima Barat, awal pagi Rabu.
Padah ingkar SOP, pusat hiburan, pelanggan dikompaun RM120,000
Padah berdegil untuk berhibur, pekerja sebuah pusat hiburan di Pulau Pinang dan 19 pelanggan dikompaun polis dengan nilai keseluruhan berjumlah RM120, 000.
Op Mabuk: Polis tahan dua lelaki memandu di bawah pengaruh alkohol
Pemeriksaan mendapati kedua-duanya berada di bawah pengaruh alkohol yang melebihi had ditetapkan.