awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perhimpunan Agung PBB lulus belanjawan program US$3.45 bilion bagi 2026
Malaysia, Indonesia disaran berkolaborasi perkukuh ekosistem teknologi serantau
MyCARE sasar sediakan 500 pek bantuan bayi untuk disalurkan ke Gaza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Semenyih Memilih: Abdul Hadi turun ceramah 28 Februari

Arfa Yunus, Firdaus Azil
Arfa Yunus, Firdaus Azil
26/02/2019
02:44 MYT
Semenyih Memilih: Abdul Hadi turun ceramah 28 Februari
KETIKA ini keadaan kesihatan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang tidak memuaskan. - Gambar fail BERNAMA
Seandainya keadaan kesihatannya mengizinkan, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijangka menyampaikan ceramah pada 28 Februari ini sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih.
Menurut calon Barisan Nasional (BN) bagi PRK Semenyih, Zakaria Hanafi, pada masa ini Abdul Hadi dilaporkan sedang uzur.
“Tapi kalau Tok Guru (Hadi) tak hadir, timbalannya (Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man) akan menggantikan beliau,” kata Zakaria kepada pemberita ketika ditemui di salah sebuah pusat undi awal di Kem Batallion 4 PGA di sini pada Selasa.
Sekiranya, Abdul Hadi hadir menyampaikan ceramah, ini akan menghangatkan lagi perjalanan kempen PRK Semenyih kerana Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga dijadual turun berkempen dan memberi ceramah di sini pada hari yang sama.
Pertembungan Dr Mahathir dan Abdul Hadi akan menjadi tumpuan susulan kenyataan Perdana Menteri sebelum ini bahawa PAS tidak akan bekerjasama dengan BN.
Bagaimanapun, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan dalam reaksinya pula menyatakan parti itu tetap komited menyokong BN.
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#Barisan Nasional
#Mahathir Mohamad
#PAS
#PRK Semenyih
#semenyih memilih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan