awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rusuhan di Pasar Awam Melor, 12 individu ditahan - Polis
PM Anwar tekad perkukuh, percepat agenda pembangunan Sabah
Amaran banjir di Pasir Mas dan Tumpat bermula tengah malam ini - JPS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SEMESTA sambut baik usaha kerajaan laksana unjuran keperluan tenaga profesional

Hilmi Malik
Hilmi Malik
11/02/2021
21:54 MYT
SEMESTA sambut baik usaha kerajaan laksana unjuran keperluan tenaga profesional
Langkah kerajaan itu mampu membina sinergi baharu kearah cabaran menuju industri 4.0 menurut Presiden Institut Kesenian dan Kajian Media Malaysia (SEMESTA), Prof Dr Mahadi J Murat. - BERNAMA
KUALA LUMPUR:Institut Kesenian dan Kajian Media Malaysia (SEMESTA) menyambut baik langkah kerajaan melakukan unjuran keperluan tenaga profesional baharu bidang industri kreatif dan digital negara, pada akhir tahun ini.
Presiden Institut Kesenian dan Kajian Media Malaysia (SEMESTA), Prof Dr Mahadi J Murat berkata, usaha itu mampu membina sinergi baru bagi memenuhi keperluan yang semakin meningkat dalam berdepan cabaran revolusi ekonomi atau industri 4.0
“SEMESTA telah bersama-sama Finas membina laluan tersebut secara bertahap melalui program latihan dan forum Karyawan Filem dan Kandungan Digial Muda, yang disertai lepasan IPT dan pengamal muda industri dari seluruh negara.
“Program tidak berasaskan keuntungan ini masih lagi giat diteruskan,” katanya menerusi satu kenyataan pada Khamis.
Mengulas lanjut, Universiti Malaya-Wales Antarabangsa atau International University of Malaya-Wales (IUMW) turut menawarkan program khas profesional dan ijazah tinggi antaranya berkaitan komunikasi, teknologi, dan multimedia sebagai langkah menuju kearah keperluan industri 4.0.
Dalam pada itu, IUMW yang dimiliki oleh Universiti Malaya dan University of Wales juga merupakan satu-satunya universiti antarabangsa di Asia yang terbentuk dari gabungan dua universiti terbaik di Malaysia dan di United Kingdom.
Topic Berkaitan
#FINAS
#ekonomi
#kerajaan
#SEMESTA
#industri kreatif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan