awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Semoga syurga untuk mereka' - Nasaruddin reda kehilangan isteri, empat anak serentak

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
16/05/2023
08:17 MYT
'Semoga syurga untuk mereka' - Nasaruddin reda kehilangan isteri, empat anak serentak
Empat anak Nasaruddin yang masih tinggal, dari kiri, Ahmad Hazim Zuhdi, Siti Nur Khadijah, Ahmad Danish Basyir dan Muhammad Ilham. - Foto Astro AWANI
KAMPAR: Pekerja UEM Edgenta Berhad, Nasaruddin Abu Bakar, 53, berkata, dia reda kehilangan isteri dan empat anaknya serentak dalam nahas di Kilometer 310.2 Lebuh Raya Utara Selatan, arah selatan, dekat Kampar, awal pagi ini.
Dalam masa sama, bapa lapan orang anak itu berazam untuk mendidik sebaik mungkin empat lagi anaknya yang tinggal.
“Macam mana pun saya kena reda dengan pemergian mereka semoga syurga untuk mereka.
“Terima kasih kerana Allah bagi sepanjang tempoh 24, 23 (tahun) yang kecil ada lima tahun, tujuh dan lapan sepanjang bersama mereka.
“Semoga Allah kurniakan syurga untuk mereka,” katanya ketika ditemui di pekarangan Unit Forensik Hospital Kampar, hari ini.
Dia yang bertugas di Bertam, Pulau Pinang berkata, dia mendapat berita sedih itu daripada seorang pegawai polis Kampar.
Menurutnya, mereka akan dikebumikan di dalam satu liang lahat di Tanah Perkuburan Islam di Padang Rengas selepas solat Asar.
[TERKINI] Empat sekeluarga maut dalam nahas di PLUS
Dalam kemalangan kira-kira jam 2.20 pagi tadi, seorang wanita, Azriyani Abdul Latif, 45, dan tiga anaknya, Muhammad Azib Nasaruddin, 23, Siti Nur Aminah, 8, dan Ahmad Uwais Al Qorni, 5 tahun, meninggal dunia di lokasi kejadian, berhampiran Gua Tempurung.
Seorang lagi anak mangsa, Muhammad Fawwaz, 7, meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Tapah.
Selain empat anak yang meninggal dunia, pasangan itu mempunyai empat lagi anak iaitu Ahmad Hazim Zuhdi, 21, Muhammad Ilham, 20, Ahmad Danish Basyir, 16 dan Siti Nur Khadijah, 14.
Topic Berkaitan
#5 sekeluarga maut
#Kampar
#Nasaruddin Abu Bakar
#kemalangan maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan