WARTAWAN hiburan, Fiza Kamarudin, 40, yang terdahulu kritikal dan tidak sedarkan diri di London disahkan meninggal dunia akibat pendarahan dalam otak di Hospital Charing Cross, jam 6.30 petang waktu tempatan (11.30 malam waktu Malaysia).
Adiknya Siti Nor Hazlinda, 39, berkata pendarahan otak itu disebabkan oleh sel kanser yang sudah merebak ke seluruh anggota badan hingga mengakibatkan Allahyarham rebah di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow, London, semalam.
Kejadian berlaku beberapa jam sebelum mereka sekeluarga berlepas pulang ke tanah air.
Menurut Siti Nor Hazlinda, percutian ke London adalah hajat terakhir Fiza atau nama penuhnya Siti Nor Hafiza, bagi meraikan kedua anaknya, Riyadh Haziq, 10 tahun, dan Raisya Hannah, 8 tahun.
“Sebelum ini kami sekeluarga memberi nasihat agar fikir dahulu sebelum ke sana. Tetapi arwah cakap dah janji nak membawa anak-anaknya bercuti. Dia memang nak menggembirakan mereka. Malah, itu juga adalah hajat terakhirnya untuk bersama suami dan anak-anak,” katanya.
Ujar Siti Nor Hazlinda, suami Allahyarham, Mohd Roshdi Ramli kini dalam proses perbincangan dengan kedutaan Malaysia di sana untuk membawa pulang jenazah ke tanah air.
“Kami baru dapat bercakap dengan suami arwah. Keputusan membawa pulang jenazah masih dalam proses perbincangan terutama membabitkan kos. Suami arwah sedang berhubung dengan pihak Kedutaan Malaysia di sana.
“Terima kasih kepada semua pihak yang sudah membantu termasuk memberikan sumbangan kepada keluarga arwah. Doakan perjalanan terakhir kakak saya dipermudahkan,” katanya.
Allahyarham merupakan wartawan di portal Boom Malaysia dan Jurnal Malaysia yang sebelum ini terpilih menerima tajaan pakej melancong bersama keluarga ke London.
Beliau, suami dan dua anaknya berlepas pada pertengahan Disember lalu dan sepatutnya pulang ke Malaysia pada 27 Disember. - Sinarplus/Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Dec 29 2023
Fiza merupakan wartawan di portal Boom Malaysia dan Jurnal Malaysia yang sebelum ini terpilih menerima tajaan pakej melancong bersama keluarga ke London. - Foto Sinar Harian
AS sahkan 5 unit Israel cabul hak asasi sebelum perang
Kebanyakan tindakan tidak berperikemanusiaan itu dilakukan terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat yang diduduki Israel.
AWANI Pagi: Cabaran perjalanan wanita menuju Al-Haramain
Diskusi 7:30 pagi Selasa bersama Dr Azlinariah Abdullah, Editor/Penerbit Astro Awani & Petugas Media TH Musim 1445H/2024M dan Alisha Nur Mohd Noor, Petugas TH Musim 1445H/2024M berkongsi mengenai jangkaan cabaran perjalanan Muslimah menuju ke Tanah Suci semasa musim panggilan haji tahun ini.
Israel bimbang ICC keluar waran tangkap berkait perang Gaza
Menteri Luar Israel memberi amaran kepada kedutaan Israel untuk meningkatkan keselamatan kerana risiko "gelombang antisemitisme yang teruk".
Dua pegawai atasan syarikat pembekalan air Johor ditahan SPRM
Kedua-dua lelaki berusia 36 dan 40 tahun tersebut ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira jam 2 petang Isnin.
Israel bunuh 40 rakyat Palestin ketika rundingan gencatan senjata bermula
Daripada jumlah itu, lebih separuh maut di bandar Rafah di selatan Gaza di mana ia meranapkan tiga buah rumah.
Banyak respons positif terhadap pelaksanaan VAR - Stuart
Ia berdasarkan maklum balas dikumpul selepas lapan perlawanan pramusim pasukan Liga-M yang menguji pelaksanaan sistem VAR baru-baru ini.
A.S sahkan 5 unit Israel cabul hak asasi sebelum perang
Amerika Syarikat mendapati lima unit pasukan keselamatan Israel bertanggungjawab atas pencabulan hak asasi manusia, pada Isnin.
Israel bunuh 40 rakyat Palestin ketika rundingan gencatan senjata bermula
Serangan udara Israel membunuh sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin pada Isnin.
A.S, Britain gesa Hamas terima cadangan gencatan senjata Israel
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken menggesa Pejuang Hamas untuk segera menerima cadangan Israel untuk gencatan senjata dalam perang Gaza dan pembebasan tebusan Israel yang ditahan.
Gencatan senjata sepenuhnya perlu dilakukan
Israel perlu bersetuju untuk menghentikan peperangan dan solusi yang dipersetujui oleh banyak pihak termasuk penyelesaian dua negara.
Wartawan muda berbakat BBC, Hanna Yusuf meninggal dunia secara mengejut
Hanna mencipta nama dalam dunia wartawan menerusi artikel-artikel penyiasatan yang dihasilkannya termasuk laporan pendedahan mengenai nasib pekerja Costa Coffee yang didakwa tidak dibayar cuti sakit.