awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ribut tropika Basyang ragut 3 nyawa, lebih 390,000 orang terjejas di Filipina
Kerajaan rangka garis panduan kemudahan mesra OKU di semua masjid, surau - Zulkifli
Korea Selatan lapor kes kelapan Demam Babi Afrika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Semua agensi terlibat pengurusan banjir di Melaka dalam mod siap siaga

Bernama
Bernama
29/11/2024
13:44 MYT
Semua agensi terlibat pengurusan banjir di Melaka dalam mod siap siaga
Ab Rauf (lima, kanan) menyempurnakan simbolik pelancaran 'Malaysia's Next-Gen Smart Ward' di Mahkota Medical Centre hari ini. - Gambar Bernama
MELAKA: Semua agensi terlibat dalam pengurusan bencana di Melaka berada dalam mod bersiap siaga pada musim tengkujuh khususnya sepanjang Disember ini.
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata ia bagi memastikan kelancaran proses membantu dan memindahkan semua mangsa banjir di negeri itu ke pusat pemindahan sementara (PPS).
"Kita telah bersedia lebih awal bagi menghadapi musibah banjir ini yang akan diketuai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Azhar Arshad dan semua agensi terlibat.
"Semua langkah awal khususnya membantu mangsa banjir telah diambil kira agar dapat disempurnakan mengikut prosedur operasi standard (SOP)," katanya kepada pemberita selepas melancarkan 'Malaysia's Next-Gen Smart Ward' di Mahkota Medical Centre di sini hari ini.
Beliau berkata aspek keselamatan menjadi fokus utama dalam pengurusan banjir di negeri itu berdasarkan SOP yang ditetapkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dan Kementerian Kesihatan.
Di Melaka, setakat petang tadi, sebanyak lima PPS telah dibuka iaitu tiga di daerah Alor Gajah dan masing-masing satu di daerah Jasin dan Melaka Tengah.
Sebanyak 23 kawasan terjejas banjir dilaporkan di ketiga-tiga daerah berkenaan susulan hujan lebat sejak malam tadi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hujan lebat
#mangsa banjir
#mati lemas
#NADMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan