KOTA BHARU: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan sudah bersiap siaga menggerakkan semua asetnya, dalam menghadapi segala kemungkinan bencana sepanjang Monsun Timur Laut (MTL) yang diramal bermula bulan ini.
Pengarahnya Kol (PA) Mohd Adzhar Mujab berkata aset tersebut termasuk 70 buah bot, 17 buah kenderaan pacuan empat roda dan 12 buah lori, melibatkan kesemua 10 jajahan di negeri itu.
"Semua aset ini telah kita pastikan dapat berfungsi dalam keadaan yang baik melalui kerja-kerja pembaikian yang selesai kami jalankan sejak September lepas, diikuti pemeriksaan berkala.
"Kita mahukan semuanya dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang kekalutan, terutama di saat-saat penting termasuk jika berlaku bencana luar jangka," katanya kepada Bernama, di sini, semalam.
Mohd Adzhar berkata pembahagian aset tersebut akan ditentukan mengikut skala banjir yang telah dikenal pasti di seluruh jajahan Kelantan, terutama di Pasir Mas, Tumpat dan Pasir Puteh.
Mohd Adzhar berkata APM juga telah memanggil semula anggota sukarelawannya yang berdaftar dengan agensi itu menjalani latihan kesiapsiagaan banjir, bagi tujuan mengukuhkan 970 orang keanggotaan yang sedia ada.
"Seramai 900 orang daripada kelompok ini, telah kita panggil untuk mengikuti semula latihan asas teknikal dan logistik bermula minggu lepas, dengan sesi pertama seramai 300 orang.
"Sesi latihan susulan akan terus diadakan meliputi pelbagai aspek persiapan, supaya mereka dapat membiasakan diri dan tidak kekok jika dipanggil menyertai operasi," katanya.
Sementara itu beliau berkata bilik gerakan bagi 10 jajahan negeri itu juga telah diaktifkan untuk beroperasi secara 24 jam.
"Kita akan menempatkan kira-kira 100 anggota bagi setiap jajahan, selain memaksimumkan masa kerja pejabat kepada 12 jam," katanya.
Beliau memaklumkan APM juga bekerjasama rapat dengan agensi keselamatan lain, selain mewujudkan jaringan hubungan dengan komuniti setempat untuk memastikan setiap misi bantuan dan menyelamat mangsa, dapat dilaksanakan dengan berkesan dan pantas.
Dalam masa sama, beliau menasihatkan masyarakat di kawasan berisiko agar memberi kerjasama serta patuh kepada arahan pihak berkuasa, sekiranya perlu berpindah demi keselamatan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 08 2023
MOHD ADZHAR: Kita mahukan semuanya dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang kekalutan, terutama di saat-saat penting termasuk jika berlaku bencana luar jangka. - Gambar fail BERNAMA
'Terdapat ramalan tahun ini paling panas selepas 1998' - Nik Nazmi
Cuaca panas susulan fenomena El Nino yang melanda negara ketika ini dijangka berterusan sehingga Julai depan, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad.
Keputusan laporan interim nahas helikopter TLDM minggu depan
Laporan interim nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang mengorbankan 10 pegawai dan anggotanya pada 23 April lepas dijangka siap minggu depan.
Kerajaan Joe Biden digesa bertindak segera
57 anggota Dewan Perwakilan Amerika Syarikat Parti Demokrat menandatangani surat bagi menggesa kerajaan pimpinan Joe Biden menghentikan serangan Israel di Rafah.
Jakim buka talian khas terima aduan hina Islam
Jakim telah mewujudkan talian khas 24 jam sebagai platform untuk menyalurkan aduan berkaitan isu penghinaan terhadap agama Islam.
PM yakin kenaikan gaji lulus bergaya di Parlimen
Perdana Menteri turut membidas pihak terbabit sebagai 'haprak' dan tidak boleh diterima kerana mengkritik usaha kerajaan untuk menaikkan gaji penjawat awam selepas 12 tahun ia tidak dilaksanakan.
PM arah agensi MCBA jalan tugas serta-merta
Perdana Menteri berkata, semua jabatan dan kementerian berkaitan perlu meletakkan pegawai masing-masing walaupun rang undang-undang (RUU) berkaitan dijangka dibentangkan di Parlimen pada Julai depan.
Papagomo mengaku tidak bersalah, hasut kebencian Agong
Blogger Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada Khamis.
Ia atas pertuduhan menghasut yang mendatangkan kebencian terhadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Ia atas pertuduhan menghasut yang mendatangkan kebencian terhadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Laporan interim nahas helikopter TLDM siap minggu depan
Laporan interim nahas dua helikopter Tentera Luat Diraja Malaysia (TLDM) terhempas di Lumur, Perak yang mengorbankan 10 pegawai dan anggotanya pada 23 April lalu dijangka siap minggu depan.
[TERKINI] Cuaca panas luar biasa dijangka berlarutan hingga Julai
Menteri Sumber Asli dan Kelesterian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad memaklumkan, cuaca panas luar biasa yang melanda negara terutama di Kelantan, Perlis dan Kedah ketika ini dijangka berlarutan selama dua bulan lagi.
PM arah Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia jalan tugas serta-merta
Anwar berkata semua jabatan tanpa kecuali harus menerima arahan dengan serius dalam memastikan keselamatan di sempadan negara, sekali gus mengekang kegiatan penyeludupan.
APM Kelantan tingkatkan latihan hadapi Monsun Timur Laut
Latihan bertujuan bagi mempersiapkan anggota yang terlibat dalam operasi semasa musim tengkujuh.
APM Kelantan sudah tangkap 1,986 ular setakat semalam
Tangkapan paling banyak dilakukan melibatkan spesies ular senduk iaitu 614 ekor diikuti ular sawa (434) dan tedung (49).