awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyokong sentiasa berada dengan pasukan - CEO Selangor
'Alhamdulillah', 'Insya-Allah' oleh bukan Muslim dibenar selagi dengan niat baik - IKIM
Pilihan raya Thailand jadi tumpuan, keputusan sukar diramal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Semua idea Rafizi tidak akan ditinggalkan' - Izzah

Luqman Hariz
Luqman Hariz
28/05/2025
06:47 MYT
'Semua idea Rafizi tidak akan ditinggalkan' - Izzah
Menurut Izzah, seseorang dengan kemampuan Rafizi masih boleh menyumbang kepada negara, sama ada beliau berada dalam kerajaan atau tidak. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Segala idea Rafizi Ramli tidak akan dihentikan, sebaliknya akan dilaksana sekiranya bermanfaat untuk negara.
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar berkata, seseorang dengan kemampuan Rafizi masih boleh menyumbang kepada negara, sama ada beliau berada dalam kerajaan atau tidak.
Kata Izzah, beliau menghormati Menteri Ekonomi itu kerana tidak pernah takut bersuara, selain sentiasa mencadangkan idea, strategi, dan dasar yang mengubah pemikiran mengenai tadbir urus, akauntabiliti dan reformasi ekonomi.
Bergerak ke hadapan katanya, selaku Timbalan Presiden PKR yang baharu, fokus beliau akan kekal kepada memperkasakan parti dari dalam.
Ia termasuk memberikan semak imbang kepada cabang eksekutif dan memastikan parti itu tidak menyimpang daripada nilai-nilai asalnya.
Beliau turut berikrar untuk menjuarai beberapa inisiatif utama, termasuk melatih kepimpinan PKR di semua peringkat mengenai Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001(AMLATFPUAA), masalah penyelewengan, dan kepatuhan cukai.
"Tadbir urus yang baik mesti dibina atas asas prinsip dan ilmu," tambahnya.
Topic Berkaitan
#Nurul Izzah Anwar
#Rafizi Ramli
#Anwar Ibrahim
#PKR
#Menteri Ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan