Kira-kira 81,000 pemegang pasport Malaysia masih menggunakan dokumen itu yang mempunyai ciri-ciri lama dan ia akan diganti sepenuhnya dalam masa terdekat.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, dalam tempoh satu setengah bulan lagi, kesemua pemegang pasport negara akan menggunakan dokumen perjalanan baharu yang mengandungi ciri-ciri keselamatan yang telah dipertingkatkan.
"Kita mempunyai kapasiti pengeluaran pasport sebanyak lima juta setahun dan kita masih mempunyai tidak lebih 90,000 stok pasport lama yang masih boleh digunakan... tetapi pada masa sama, kita mula mengeluarkan pasport dengan ciri baharu.
"Stok untuk pasport lama terlalu sedikit iaitu 81,000 sahaja dan dalam sebulan setengah, jumlah itu boleh habis apatah lagi dengan musim cuti sekolah sekarang," katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja dan merasmikan kilang baharu Datasonic Group Bhd di sini, pada Khamis.
Beliau berkata antara ciri keselamatan baharu yang dipertingkatkan dalam pasport Malaysia ialah penggunaan biometrik dan pengenalan wajah selain semua ciri yang mematuhi piawaian ditetapkan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, ciri-ciri baharu itu akan memastikan dokumen perjalanan rasmi itu tidak boleh dipalsukan walaupun dengan sistem teknologi terkini.
Beliau berkata ciri-ciri itu juga berjaya meningkatkan tahap kecekapan pengeluaran pasport oleh Jabatan Imigresen Malaysia.
"Bagi permohonan untuk memperbaharui pasport, Jabatan Imigresen hanya mengambil masa 15 minit sahaja selepas pembayaran dibuat untuk mengeluarkan pasport baharu, manakala permohonan pasport baharu pula hanya satu jam selepas pembayaran dibuat," katanya.
Sementara itu, Datasonic berkata kilang itu memulakan operasi membekalkan pasport baharu itu pada Oktober lepas dengan mengeluarkan hampir 650,000 dokumen itu, yang digunakan rakyat Malaysia mulai 15 Nov lepas.
Pasport Malaysia yang baharu itu mengandungi ciri-ciri dipertingkatkan dengan mematuhi piawaian ICAO termasuk cip terbenam, tiga alur keselamatan berwarna serta penggunaan cahaya ultraungu untuk mengesahkan ketulenannya.
"Konsep reka bentuknya yang dipertingkatkan itu menampilkan budaya Malaysia seperti bunga raya, bunga anggerik, halia merah, burung rimba telinga perak dan Rukunegara," kata syarikat itu dalam satu kenyataan.
Tahun lepas, syarikat itu dianugerahkan kontrak bernilai RM233.38 juta untuk membekalkan pasport selama lima tahun dari 1 Dis 2016 hingga 30 Nov 2021. -- Bernama
Bernama
Thu Dec 21 2017
Ciri-ciri baharu pasport Malaysia akan memastikan dokumen perjalanan rasmi itu tidak boleh dipalsukan walaupun dengan sistem teknologi terkini. - Gambar fail
Legenda bola sepak Perancis Cantona persoal sikap dunia terhadap Israel
Legenda bola sepak Perancis, Eric Cantona mempertikaikan sikap dunia terhadap Israel.
20 ahli 'Geng TR' dihadapkan ke mahkamah
20 individu dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan menyertai kumpulan jenayah terancang, Geng TR sejak lima tahun lepas.
Pengadu tarik balik laporan, anggap kes dipukul pengawal peribadi hanya salah faham - Polis KL
Rusdi berkata laporan polis kedua dibuat pengadu bagi menyelesaikan perkara yang berlaku secara baik, serta tidak mahu memanjangkan kes.
SPRM setuju lanjut tempoh isytihar harta anak Tun M - Azam Baki
SPRM membenarkan tempoh lanjutan pengisytiharan harta dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
2 maut nahas pesawat di Ecuador, kemalangan udara ke-4 dalam tempoh 2 bulan
Dua orang terbunuh dan seorang cedera pada Selasa apabila pesawat kecil mereka terhempas di Santa Rosa, wilayah pantai selatan El Oro, Ecuador, kata Direktorat Jeneral Penerbangan Awam.
Ahmad Zahid mulakan lawatan rasmi ke Beijing
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memulakan lawatan rasmi beliau di Beijing pagi ini dengan menghadiri mesyuarat pre-council.
MIDF jangka inflasi naik sedikit pada tahun ini
Inflasi Indeks Harga Pengeluar (IHPR) yang meningkat sebanyak 1.9 peratus tahun ke tahun pada April 2024 menunjukkan tekanan kos yang lebih tinggi untuk perniagaan tempatan, menurut MIDF Research.
Kru Shenzhou-18 jayakan misi EVA kali pertama
Kru kapal angkasa lepas Shenzhou-18 berjaya menyelesaikan aktiviti luar kenderaan (EVA) kali pertama pada Selasa, menurut Agensi Angkasa Bermanusia China (CMSA).
Empat lelaki ditahan disyaki ceroboh Pusat Hidrografi Nasional
Empat lelaki warga asing ditahan kerana disyaki menceroboh kawasan pintu utama Pusat Hidrografi Nasional (PHN) di Pulau Indah, Klang dekat sini pada Ahad lepas.
Pesawat tentera AS terhempas
Sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat terhempas berhampiran Albuquerque Sunport pada Selasa.
Datasonic dapat kontrak tambahan RM31.39 juta daripada KDN
DTSB menerima surat bertarikh 9 Ogos 2022 daripada KDN berkaitan pindaan kepada kontrak untuk pembekalan cip pasport Malaysia atau 12.5 juta cip pasport bermula 1 Dis 2021 hingga 30 Nov 2023.
Datasonic raih kontrak RM22.5 juta bekal dokumen keselamatan kepada JPN
Datasonic dikehendaki membayar bon prestasi sebanyak RM374,937.26 kepada kementerian dengan tempoh sah bermula dari 1 Mei 2022 hingga 30 April 2026.
Perbicaraan Ahmad Zahid: RM6 juta 'upah' sokong DTSB sebagai pembekal cip pasport - Saksi
Kedua-dua cek berkenaan diserahkan Pengarah DTSB Chew Ben Ben kepada Ahmad Zahid di Kediaman Rasmi Timbalan Perdana Menteri, Putrajaya
Datasonic Group sumbang RM1 juta kepada Tabung Harapan
Sumbangan disampaikan Pengerusinya Tan Sri Mohamed Hashim Mohd Ali kepada Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada satu majlis di Ibu Pejabat Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini hari ini.
Isu Baitulmaqdis: Malaysia tidak khuatir dengan ancaman Trump
Ancaman Trump berhubung isu Palestin tidak beri kesan besar kepada Malaysia, kata Timbalan. Perdana Menteri