KUALA LUMPUR: Semua warga pendidik dan kumpulan sokongan akan menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin COVID-19 sebelum sesi persekolahan secara bersemuka bermula secara berperingkat yang dijadual pada 1 Sept.
Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin berkata Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) dan Kementerian Pendidikan (KPM) sedang mengenal pasti bilangan guru, anggota pelaksana dan perkhidmatan kontrak untuk penjadualan janji temu dos pertama vaksin.
Setakat semalam katanya, sejumlah 303,682 atau 73.5 peratus guru di seluruh negara menerima suntikan satu dos vaksin.
"Seramai 45,197 anggota kumpulan pelaksana (67 peratus) dan 33,633 pekerja perkhidmatan sokongan kontrak (38 peratus) (sekolah kerajaan) telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin manakala bagi sekolah swasta 12,894 guru (66.4 peratus) sudah terima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
"Saya bersama menteri pendidikan beri jaminan bahawa semua warga pendidikan akan diberi vaksinasi sebelum sekolah bermula," katanya ketika menggulung pertanyaan Ahli-ahli Parlimen di Dewan Rakyat hari ini.
Khairy hari ini membentangkan penerangan berhubung pelaksanaan PICK dan seramai 23 Ahli Parlimen mengajukan pertanyaan dan cadangan yang antara lain turut menyentuh isu vaksin bagi sektor pendidikan, kelewatan perolehan vaksin serta masalah logistik dan pengagihan vaksin.
Dr Maszlee Malik (Bebas-Simpang Renggam) membangkitkan soal vaksinasi bagi sektor pendidikan yang turut mencadangkan agar semua warga Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan swasta (IPTS) diberikan vaksin.
Dalam perkembangan lain, Khairy memaklumkan vaksin dibangunkan Institute of Medical Biology Chinese Academy of Medical Sciences (IMBCAMS) yang berada dalam ujian klinikal fasa tiga di negara ini sejak Januari lepas mungkin akan dapat diketahui keputusannya hujung tahun ini.
"Ada syarikat yang dah mula proses pendaftaran vaksin ini dengan NPRA (Bahagian Kawal Selia Farmasi Negara), bila NPRA dah puas hati dengan dossier atau maklumat terkandung dalam permohonan itu maka kita akan beri kelulusan.
"Saya juga maklum bahawa vaksin ini telah terima Emergency Use Authorisation di China... jadi vaksin ini mungkin kita akan luluskan dalam masa terdekat," katanya menjawab persoalan yang dibangkitan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (PH-Kulim Bandar Baharu).
Dalam perkembangan lain, Khairy sekali lagi memaklumkan isu berhubung penetapan harga siling vaksin COVID-19 untuk pasaran swasta akan ditentukan dalam mesyuarat JKJAV minggu hadapan.
"Perkara ini telah dimaklumkan pada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara dan disyor jawatankuasa itu semalam," katanya sambil memberitahu rundingan dengan syarikat-syarikat pengeluar vaksin untuk memuktamadkan pemerolehan vaksin bagi 2022 sedang dilakukan.
Menjawab soalan Dr Kelvin Yii (DAP-Bandar Kuching) mengenai ujian antibodi untuk menilai imuniti selepas divaksin, Khairy berkata buat masa ini Malaysia tidak menyarankan ujian itu dibuat selaras garis panduan oleh United States Food and Drug Administration (FDA) dan Centers for Disease Control and Prevention (CDC).
Malaysia, katanya, sedang membangunkan satu dasar untuk ujian antibodi itu dan memperuntukkan RM15 juta bagi 'antibody immunosurveillance program' di bawah Institut Penyelidikan Perubatan Kementerian Kesihatan (IMR).
"Kajian ini penting untuk melihat tahap antibodi dan neutralizing antibody dalam kalangan penerima-penerima vaksin di Malaysia dan dapat ditentukan meliputi beberapa perkara spesifik.
"...ini adalah penyelidikan perubatan yang sedang dijalankan dan bagi ujian antibodi... kita masih belum ada garis panduan dan saya harap boleh dilaksanakan," katanya.
Khairy juga bersetuju dengan cadangan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (PH-Kuala Selangor) agar kerajaan melihat ke hadapan berhubung kajian vaksin generasi kedua pelbagai varian bagi persiapan melawan varian baharu atau penyakit zoonosis (penyakit bawaan haiwan).
Berhubung cadangan melanjutkan selang masa antara dos pertama dan kedua Pfizer, Khairy berkata kerajaan pada awalnya sudah bersetuju, namun disebabkan penularan varian Delta COVID-19 tempoh selang masa tiga minggu itu dikekalkan.
"Kita dapati keberkesanan satu dos Pfizer melawan varian Delta hanya 30 peratus, oleh sebab itu kita kekalkan dengan tempoh selang masa itu," katanya.
Sidang Mesyuarat Khas Dewan Rakyat bersambung esok dengan pembentangan oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkenaan Pakej Bantuan Ekonomi.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 28 2021
Khairy berkata, setakat semalam, sejumlah 303,682 atau 73.5 peratus guru di seluruh negara menerima suntikan satu dos vaksin. - Gambar fail/BERNAMA
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan
Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.
Pekerja Ahli Parlimen EU disyaki jadi pengintip China
Polis Jerman telah menahan seorang pekerja ahli politik Parlimen Eropah Alternative for Germany (AfD) kerana disyaki menjadi pengintip China.
Amaran ribut hujan tahap tertinggi dikeluarkan di Guangdong, selatan China
Lebih 100,000 orang sudah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang boleh membawa maut di selatan China.
Jokowi dan anaknya bukan lagi ahli PDIP
Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi dan anaknya, bakal naib presiden Gibran Rakabuming Raka, bukan lagi ahli parti terbesar negara itu selepas mereka menyokong calon pesaing yang juga pemenang pilihan raya Prabowo Subianto.
Lima migran maut ketika cuba memasuki Perancis
Lima termasuk seorang kanak-kanak, maut dalam cubaan menyeberangi Selat Inggeris dari Perancis pada Selasa.
Polis New York lakukan penahanan himpunan lewat malam
Polis New York bertindak melakukan penahanan membabitkan peserta yang terlibat dalam himpunan solidariti terhadap Palestin di Universiti New York (NYU) pada lewat malam Isnin. Penahanan itu dibuat selepas mereka didakwa mengingkari arahan amaran pihak universiti untuk bersurai dan mengosongkan plaza yang menjadi tempat mereka berkumpul.
Break The Siege: Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal ditukar
Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalition (FFC), Kamarul Zaman Shaharul Anwar memaklumkan, wujud kemungkinan lokasi pelabuhan bagi pelepasan kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla ditukar.
Benarkan syarikat milik bukan Islam cetak Al-Quran, pengarah syarikat didenda
Seorang pengarah syarikat percetakan dijatuhi hukuman denda RM8,000 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Selasa selepas mengaku salah tidak mematuhi syarat-syarat lesen untuk mencetak atau menerbitkan Teks al-Quran, bulan lepas.
Azalina saran guru bantu banteras jenayah seksual kanak-kanak
Warga pendidik khususnya guru disaran memberi kerjasama melaporkan kejadian jenayah seksual membabitkan kanak-kanak sekolah.
PM ucap Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik
Anwar turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih atas ilmu dan bakti yang diberikan oleh guru-guru yang pernah mendidik beliau.
Vaksin COVID-19: Minimum satu dos buat warga pendidik mampu cegah kluster sekolah
Suntikan sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19 sebelum sesi persekolahan secara bersemuka bermula secara berperingkat 1 Sept depan mampu membendung kewujudan kluster sekolah.
Semua pendidik terima sekurang-kurangnya satu dos sebelum sekolah buka - KJ
Setakat semalam, sejumlah 303,682 atau 73.5 peratus guru di seluruh negara menerima suntikan satu dos vaksin.
Guru wajar jadi penerima vaksin COVID-19, bantu lindungi murid - Pakar pendidikan
Guru dan anak murid akan menghabiskan masa yang agak lama dalam sesi persekolahan, jadi sewajarnya guru ini dilindungi supaya anak-anak murid yang akan bersama mereka berasa selamat.
Pesta Ponggal: Itu keputusan KPM, JAKIM hanya beri pandangan
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hanya memberikan pandangan mengenai garis panduan kepada warga pendidik Muslim yang terlibat dalam perayaan Pesta Ponggal.
Matrikulasi: Pertikaian berterusan boleh jejas tumpuan warga pendidik - KP Pelajaran
Pertikaian berterusan melibatkan pelbagai pihak berkaitan kuota 90:10 kemasukan pelajar ke matrikulasi sehingga melampaui batas adab dan kesopanan adalah tidak sesuai dalam dunia pendidikan.