awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Semua zoo dibuka semula mulai esok - Ismail Sabri

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
09/06/2020
08:15 MYT
Semua zoo dibuka semula mulai esok - Ismail Sabri
Ismail Sabri Yaakob berkata, galeri seni termasuk pusat muzik serta hiburan bagaimanapun kekal masih tidak dibenarkan beroperasi. - Gambar BERNAMA
Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bersetuju membenarkan semua zoo beroperasi mulai Rabu, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau memberitahu, keputusan itu dibuat selepas mesyuarat khas itu menerima permohonan berhubung pembukaan zoo sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
"Pihak Zoo Negara bersama zoo-zoo lain telah membangunkan SOP bersama dan kita bersetuju untuk membenarkan pembukaan semula (zoo) mulai 10 Jun ini," katanya dalam sidang media di Putrajaya di sini, pada Selasa.
Bagaimanapun begitu, Ismail Sabri berkata, galeri seni termasuk pusat muzik serta hiburan bagaimanapun kekal masih tidak dibenarkan beroperasi.
Namun demikian, katanya, pembukaan pusat itu sedang dipertimbangkan memandangkan muzium dibenarkan beroperasi mulai Rabu.
Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu, tiada pertambahan kertas siasatan baharu berhubung berita palsu mengenai COVID-19, sejak dua minggu yang lalu.
Katanya, sehingga 9 Jun, sebanyak 266 kertas siasatan berhubung berita palsu berkaitan COVID-19 dibuka PDRM dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Sementara itu katanya, sebanyak 361 penafian dan penjelasan mengenai berita palsu telah dijelaskan kepada orang ramai oleh Pasukan Respon Pantas (PRP) Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang ditubuhkan bagi membantu membendung penyebaran berita palsu berkaitan COVID-19.
Ekoran itu, Ismail Sabri, sekali lagi mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati sebelum menyebarkan sebarang kandungan yang diragui kesahihannya.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#ismail sabri yaakob
#Pasukan Respon Pantas
#PDRM
#PKPP
#SKMM
#SOP
#Zoo Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan