Senator Mohd Yusmadi Mohd Yusoff dilantik sebagai Pengerusi Kaukus Dewan Negara selepas dipilih sebulat suara dalam mesyuarat kali pertama kaukus itu hari ini.
Mohd Yusmadi berkata, Timbalan Pengerusi Kaukus pula disandang oleh Senator Datuk Mohd Suhaimi Abdullah.
Beliau berkata, mesyuarat pada hari ini telah menetapkan terma rujukan sebagai hala tuju kaukus iaitu berperanan sebagai badan rundingan dan inkuiri terhadap isu-isu semasa dan permasalahan rakyat secara lebih efektif.
"Ia juga berperanan menerajui dan meneruskan usaha reformasi Dewan Negara, memperkasakan peranan ahli Dewan Negara dalam diplomasi parlimen dan memberi fokus kepada pembangunan kapasiti ahli Dewan Negara," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini hari ini.
Jelasnya, terma rujukan Kaukus Dewan Negara itu selari dengan hasrat kerajaan untuk memperkasakan pelaksanaan reformasi Parlimen Malaysia sebagai institusi perundangan yang bebas, berwibawa dan bertaraf dunia.
"Kaukus ini menjadi satu wadah untuk melanjutkan usaha reformasi Dewan Negara seperti mana kami telah lakukan sebelum ini melalui Jawatankuasa Kerja Reformasi.
"Kaukus ini juga sebagai wadah untuk membina kapasiti rakan-rakan senator iaitu dari segi program latihan, bengkel dan sebagainya agar rakan-rakan senator dan pegawai-pegawai di Dewan Negara dapat bersama-sama berkembang dan menjadikan Dewan Negara lebih berprestij," katanya.
Mohd Yusmadi berkata dengan tertubuhnya kaukus berkenaan, Jawatankuasa Kerja Reformasi Dewan Negara yang dipengerusikan olehnya dibubarkan serta-merta dan agenda reformasi itu diteruskan melalui kaukus berkenaan.
"Kita tidak mahu banyak sangat jawatankuasa, kebanyakan yang terlibat adalah senator yang sama dan kaukus ini lebih rasmi dan diluluskan oleh Jawatankuasa Pemilih Dewan Negara" katanya.
Pada Isnin, Parlimen sekali lagi melakar sejarah dengan tertubuhnya sebuah Kaukus Dewan Negara iaitu yang pertama di negara ini.
Keahlian kaukus terdiri daripada 13 ahli senator iaitu Senator Mohd Yusmadi, Senator Datuk Mohd Suhaimi, Senator Datuk Paul Igai, Senator Datuk Ismail Yusop, Senator Datuk Razali Idris, Senator Nga Hock Cheh, Senator Datuk Theodore Douglas Lind, Senator Datuk Ismail Ibrahim, Senator Datuk Dr S Ananthan, Senator Datuk Lee Tian Sing, Senator Asmak Husin, Senator Raj Munni Sabu dan Senator Adrian Lasimbang. - BERNAMA
Bernama
Thu Dec 19 2019

Senator Mohd Yusmadi Mohd Yusoff dilantik sebagai Pengerusi Kaukus Dewan Negara selepas dipilih sebulat suara dalam mesyuarat kali pertama kaukus itu hari ini. - Gambar fail
Sidang Kemuncak ASEAN dijangka bawa pelaburan RM300 bilion
Sidang kemuncak Asean ke-46 yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur dijangka menjadi pemangkin pelaburan asing ke malaysia, dengan nilai limpahan mencecah lebih RM 300 bilion dalam tempoh lima tahun akan datang.
Produktiviti buruh setiap jam meningkat 1.0 peratus pada S1 2025
Produktiviti buruh malaysia bagi setiap jam bekerja mencatat peningkatan 1.0 peratus kepada RM42.50 sejam pada suku pertama 2025, menurut laporan terbaharu jabatan perangkaan Malaysia.
Petronas tetap perlu mohon pemberitahuan pengecualian
Deklarasi persetujuan antara kerajaan negeri dengan kerajaan persekutuan berkaitan industri minyak dan gas pada rabu menyaksikan sarawak beri pengecualian lesen pengoperasian aktiviti gas kepada Syarikat Petroliam Nasional Berhad (Petronas) di wilayah berkenaan.

SPRM buka 8 kertas siasatan baharu berhubung aset Daim di luar negara
Lapan kertas siasatan baharu dibuka dalam siasatan terhadap bekas menteri kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin.

Tempoh lanjutan perkhidmatan Tengku Maimun akan diteliti - PM Anwar
Kerajaan sedang mempertimbang untuk melanjutkan tempoh perkhidmatan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.
Rapat AMK jadi medium suara, pengisian calon
Rapat Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia 2025 menjadi medium suara dan pengisian 72 calon ahli majlis pimpinan AMK pusat yang bertanding dalam Pemilihan Kongres Nasional PKR, di Johor Bahru, pagi Jumaat

Wanita warga emas ditemukan lemas dalam perigi
Pasukan bomba tiba di lokasi selepas menerima panggilan kecemasan dan mendapati mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam.
[TERKINI] SPRM akan rakam keterangan bekas menantu Ismail Sabri di Indonesia
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata proses rakaman percakapan itu akan diambil dalam tempoh dua minggu ini kerana individu terbabit kini menetap di Indonesia.

APAD disaran batal lesen syarikat pengangkutan yang bermasalah - JPJ
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) disaran untuk membatalkan lesen pengendali mana-mana syarikat pengangkutan yang gagal memastikan kenderaan mereka selamat untuk beroperasi di atas jalan raya.

SPRM akan rakam keterangan bekas menantu Ismail Sabri di Indonesia
SPRM akan memanggil Datuk Jovian Mandagie, bekas menantu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan bekas perdana menteri berkenaan.

Senator Mohd Yusmadi dilantik Pengerusi Kaukus Dewan Negara
Senator Mohd Yusmadi Mohd Yusoff dilantik sebagai Pengerusi Kaukus Dewan Negara selepas dipilih sebulat suara dalam mesyuarat kali pertama kaukus itu hari ini.