KUALA LUMPUR: Senator Datuk Seri Zurainah Musa dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) bagi tempoh dua tahun, berkuat kuasa hari ini sehingga 9 Jun 2024, umum Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.
Annuar berkata pelantikan Zurainah yang menggantikan Zakaria Abdul Hamid yang telah tamat perkhidmatan pada 22 Mei lepas, selaras dengan Seksyen 4(1) Akta 244, Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 (Pindaan 2013), bagi maksud melaksanakan fungsi-fungsi seperti mana yang diperuntukkan di bawah Akta tersebut.
"Saya yakin pelantikan Senator Zurainah yang mempunyai pengalaman luas dalam pelbagai bidang boleh membawa nafas dan iltizam baharu, bagi membantu perkembangan industri perfileman dan kreatif di negara ini," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Selain Ahli Dewan Negara Zurainah juga merupakan ahli Majlis Tindakan Ekonomi Negara, Ahli Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga (LPPKN), Pengarah Eksekutif Berjaya Corporation Berhad dan mengetuai Jabatan Hubungan Strategik Berjaya Corporation, serta menjadi pengarah kepada sejumlah anak syarikat Berjaya Assets Berhad.
Beliau juga merupakan pengarah di dalam Kumpulan UZMA dan turut aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Ahli Lembaga Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) dan Penasihat Persatuan Ibu Tunggal, Warga Emas dan OKU (PRIMAS).
Annuar percaya pihak berkepentingan dalam industri perfileman dan kreatif juga, akan terus memberikan sokongan kepada pelbagai inisiatif dan usaha yang bakal diketengahkan oleh kerajaan melalui FINAS, yang bermatlamatkan untuk memberi manfaat serta kesejahteraan kepada Keluarga Malaysia di peringkat tempatan serta antarabangsa.
Sementara itu, Annuar juga mengumumkan Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din dilantik sebagai Pengerusi Interim Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), bagi menggantikan Datuk Dr. Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek yang mengakhiri perkhidmatannya, semalam.
Annuar berkata pelantikan yang berkuat kuasa hari ini sehingga lantikan pengerusi baharu itu, adalah selaras dengan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Bahagian II, Seksyen 14 - Perjalanan sementara fungsi Pengerusi), di mana salah seorang Ahli Suruhanjaya boleh dilantik menjalankan tugas sebagai pengerusi apabila berlaku kekosongan jawatan tersebut.
Beliau turut yakin pelantikan Mohamad Salim akan membawa kesegaran dan suntikan baharu bagi membantu perkembangan industri telekomunikasi di negara ini.
"Mohamad Salim merupakan Naib Pengerusi Eksekutif Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) dan sekarang turut berkhidmat sebagai Anggota Suruhanjaya kepada SKMM. Beliau sebelum ini pernah memegang jawatan Pengarah Urusan Kumpulan MRCB," katanya.
Pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulan Gapurna Sdn Bhd itu juga pernah menjawat pelbagai jawatan penting dalam pelbagai industri, termasuk sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Giant Malaysia dan Pengerusi Bukan Eksekutif British American Tobacco (Malaysia) Berhad.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 10 2022

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa (kiri) menyerahkan surat lantikan sebagai Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) kepada Senator Datuk Seri Zurainah Musa di pejabatnya hari ini. - Foto BERNAMA

Sukan Perpaduan Islam: Irfan Shamsuddin dibatasi kecederaan
Dia melakar catatan 59.37m menerusi balingan pertamanya dan hanya menyempurnakan dua lontaran daripada baki aksi.

Karachi, bandar paling tidak sesuai didiami di dunia
Ia diburukkan lagi dengan isu kebersihan apabila sampah dan sisa makanan dibuang di tepi jalan, mengundang ketidakselesaan.

3,942 kes baharu COVID-19, empat kematian
Pengurangan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 4.69 juta sejak pandemik melanda negara.

Penganalisis semak semula unjuran KDNK 2022 hingga 6.6%, jangka OPR dinaikkan September ini
Pertumbuhan pada suku berkenaan adalah lebih kukuh berbanding suku pertama yang berkembang 5%.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [13 Ogos 2022] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [13 Ogos 2022]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1982406/thumbnails/28747944061660351721926_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [13 Ogos 2022]
Ketahui berita yang perlu anda tahu hari ini bersama Afiezy Azaman dan Geegee Ahmad dalam #AWANIpagi Antara fokus AWANI Pagi hari ini merangkumi: Malaysia laksana polisi pengurusan kenderaan akhir hayat menjelang 2025 Kuasa beli menurun, corak perbelanjaan kini berubah - Kajian #AWANInews #MalaysiaSihat

Hong Leong Bank diiktiraf bank PKS terbaik untuk kali ke-4 di Anugerah Perkhidmatan Kewangan Runcit 2022
HLB juga dinobatkan sebagai 'Bank PKS Terbaik di Malaysia' oleh Asian Banking and Finance baru-baru ini.

AWANI Pagi: AWANI Pagi: KLFW I Dimana KLFW membawa jenama lokal selepas 10 tahun
Acara fesyen, Kuala Lumpu Fashion Week (KLFW) telah sedekad meraikan bakat-bakat atau karya pereka fesyen tempatan. Namun apa pula yang akan dibawakan selepas 10 tahun ini? Bagaimana ia membawa jenama Malaysia ke peringkat antarabangsa? Diskusinya dalam #AWANIPagi #AWANInews #MalaysiaSihat

Saraf Salman Rushdie putus akibat ditikam, mungkin buta sebelah mata
Salman cedera selepas ditikam di atas pentas pada acara sastera di Institut Chautauqua, New York pada Jumaat.

Aramex Malaysia beli 10 motosikal baharu, lancar program Ride-2-Own
Pembelian motosikal itu juga sekali gus mengembangkan lagi perkhidmatan syarikat itu kepada komuniti di Malaysia.

Filem Mat Kilau suntik semangat rakyat Malaysia bebaskan negara daripada cengkaman COVID-19
Dalam konteks hari ini, pengorbanan rakyat Malaysia bersama membantu kerajaan memerangi COVID-19 juga dikira satu perjuangan besar.

Kejayaan filem Mat Kilau bukti dasar kerajaan tepat, bantu penerbit tempatan
Filem arahan Syamsul Yusof itu menerima Dana Kandungan Digital (DKD) dengan jumlah geran Dana Produksi sebanyak RM1.5 juta dan Dana Pemasaran RM300,000.

Finas berhasrat jadikan Malaysia lokasi wajib pembikin filem antarabangsa
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) berhasrat menjadikan destinasi menarik di negara ini sebagai lokasi wajib bagi produser filem dan drama antarabangsa menghasilkan penerbitan mereka.

Senator Zurainah dilantik Pengerusi FINAS, Mohamad Salim Pengerusi Interim MCMC
Senator Datuk Seri Zurainah Musa dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) bagi tempoh dua tahun, berkuat kuasa hari ini sehingga 9 Jun 2024.

Rebat tunai sehingga 35 peratus galak penerbit luar jalani penggambaran di Malaysia - Finas
Tawaran rebat tunai 30 peratus melalui Insentif Penerbitan Filem di Malaysia (FIMI) itu adalah yang tertinggi berbanding negara lain.

Finas sasar RM50 juta pelaburan asing menerusi FIMI sempena Marche Du Film 2022
Marche Du Film merupakan sebuah pasaran filem terbesar dunia yang mengumpulkan ramai penerbit, pemodal, penyiar, pengedar, pembekal serta pembeli filem dari serata dunia.

'Road To Oscars' usaha kerajaan pastikan filem tempatan setanding antarabangsa
Kementerian Komunikasi Dan Multimedia (K-KOMM) berhasrat untuk membawa filem-filem tempatan untuk bersaing di pentas antarabangsa.

LPF, KDN kaji semula kuasa stesen TV luluskan filem, drama
Langkah itu bagi memastikan ia lebih terkawal dan hukuman lebih berat boleh dikenakan jika berlaku sebarang pelanggaran.

Adegan keterlaluan tidak sensitif terhadap budaya kesopanan, kesusilaan rakyat Malaysia
Finas berkata sebarang penggambaran sebegini tidak sewajarnya berlaku dan Finas memandang serius isu tersebut.

Finas jadi peneraju utama selesaikan isu KWSP penggiat seni - Zahidi
Zahidi berkata Finas telah menyerahkan perancangan Pasukan Petugas Industri Kreatif kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

FDAM minta MyCAP dikaji semula
Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) meminta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) agar mengkaji semula Program Peningkatan Kapasiti Kreatif Malaysia (MyCAP).