KUALA LUMPUR: Karya seni dan budaya Islam harus terus diperkasakan di bawah konsep Malaysia MADANI, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata konsep MADANI bukan hanya bermakna untuk membangunkan ekonomi tetapi juga membangunkan seni dan budaya Islam kerana ia merupakan antara yang menjadi tunggak kebangkitan di rantau ini.
Justeru, beliau berharap supaya rakyat Malaysia khususnya golongan muda untuk memanfaatkan sepenuhnya Muzium Kesenian Islam Malaysia (MKIM) yang mempamerkan mengenai sejarah kesenian dan kebudayaan Islam.
"Saya juga berbisik kepada (Menteri Komunikasi) Fahmi Fadzil supaya kita hebahkan lagi (MKIM) untuk ia menjadi tarikan tersendiri," katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Pameran "Perjalanan Menelusuri Seni Islam" dan "Alif Lam Ra: Kaligrafi Kontemporari Muslim" di MKIM, di sini malam ini.
Kedua-dua pameran itu dilancarkan sempena dengan sambutan ulang tahun ke-25 MKIM dengan majlis pelancaran itu dihadiri isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Fahmi dan Pengarah MKIM Syed Mohamad Albukhary.
Mengenai ulang tahun ke-25 MKIM, Anwar mengucapkan tahniah di atas penubuhannya dan memuji usaha muzium itu, termasuk Yayasan Albukhary yang banyak menyumbang kepada pertumbuhan dan kerancakan dunia seni Islam di Malaysia.
"Saya tidak ingat berapa kali pelawat menanyakan saya mengenai muzium ini sebelum saya berpeluang memuji tarikannya.
Sama ada untuk orang Islam atau mereka daripada agama lain, pengetahuan mengenai kebudayaan Islam seharusnya direkodkan dan disimpan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 12 2023
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melawat ruang pameran pada Sambutan Ulangtahun ke-25 Muzium Kesenian Islam Malaysia (MKIM) dan Pameran 'Perjalanan Menelusuri Seni Islam' dan 'Alif Lam Ra: Kaligrafi Kontemporari Muslim. - Foto BERNAMA
Universiti Malaya bakal tawar pengajian bahasa Kazakhstan
Universiti Malaya (UM) dijangka menawarkan kursus pengajian bahasa Kazakhstan bermula semester tahun hadapan di bawah Fakulti Bahasa dan Linguistik.
Bernie Sanders sampaikan kemarahan kelas pekerja selepas kekalahan Demokrat dalam pilihan raya AS
"Ini adalah realitinya, kelas pekerja negara ini marah, dan mereka berhak untuk marah," katanya kepada CNN.
Pulau Pinang laksana projek percubaan lorong bas bermula 19 Nov - Exco
Projek rintis itu akan dilaksanakan dengan kerjasama MBPP dan Rapid Penang di sebahagian Jalan Penang dan Jalan Ria bermula 19 Nov.
Malaysia akan kekal berkecuali, komited menjadi negara destinasi pelaburan selamat – Tengku Zafrul
Dalam suasana perang teknologi yang kian memuncak antara ekonomi-ekonomi besar dunia, Malaysia perlu kekal berkecuali dan tidak cenderung kepada mana-mana pihak.
Pusat pemeriksaan Tuas dan Woodlands dijangka sesak ketika cuti hujung tahun
ICA menasihati pengembara untuk mengambil kira masa menunggu tambahan dari 15 Nov hingga 1 Jan 2025, terutamanya pada hujung minggu.
Kesejahteraan sosial elemen utama pembangunan komuniti
Pemahaman terhadap kesejahteraan sosial akan membantu pembuat dasar dan pelaksana program dalam melancarkan usaha meningkatkan kualiti hidup individu, keluarga dan komuniti.
PSM setia dengan Ahmad Jais
Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) memutuskan untuk mengekalkan khidmat Ahmad Jais Baharun sebagai ketua jurulatih skuad sepak takraw lelaki kebangsaan.
Perdana Menteri bertindak berani, gesa negara Arab, Islam usir Israel dari PBB
Perdana Menteri mengajak semua negara Arab dan Islam untuk membina konsensus ke arah menggantung atau mengusir Israel dari Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB). Jelas Datuk Seri Anwar Ibrahim dunia mesti menghukum dan menghalang pelanggaran berulang Israel terhadap undang-undang dan norma antarabangsa.
Indonesia beri pengampunan 6 bulan kepada peniaga
Kabinet baharu Indonesia tampil dengan inisiatif untuk membantu peniaga yang melakukan pinjaman penuh dengan memberi 'pengampunan' kepada mereka selama enam bulan sehingga Mei 2025.
Tumpuan Selasa – 12 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seni dan budaya Islam perlu diperkasa di bawah konsep Malaysia MADANI - PM
Karya seni dan budaya Islam harus terus diperkasakan di bawah konsep Malaysia MADANI, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.