awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seni Kita Weekend: Kongxi Raya hujung minggu ini

Bernama
Bernama
27/02/2024
23:40 MYT
Seni Kita Weekend: Kongxi Raya hujung minggu ini
Seni Kita Weekend dipacu oleh HAUS KCH pada Julai 2022, mempelopori pelbagai pasar artisan tempatan di Kuching, bermatlamat untuk memperkayakan komuniti seni di Sarawak. - Facebook HAUS KCH
KUCHING: HAUS KCH, sebuah hab kreatif di sini, akan menganjurkan Seni Kita Weekend: Kongxi Raya hujung minggu ini di Old Court House, di sini.
HAUS KCH dalam kenyataan semalam berkata acara itu akan memberi tumpuan kepada dua perayaan iaitu Tahun Baru Cina dan Hari Raya.
"Konsep 'Kongxi Raya' melambangkan kepentingan pelbagai budaya dan perayaan tempatan, di samping menonjolkan perpaduan yang dipupuk oleh seni dan masyarakat.
"Menonjolkan kepelbagaian unik budaya Melayu dan Cina, HAUS KCH akan mengadakan siri persembahan dan demonstrasi kebudayaan sepanjang hujung minggu, termasuk persembahan tarian tradisional Cina, demonstrasi membuat lemang dan demonstrasi Kuih-Lapis," menurut kenyataan itu.
Penyelaras Program Hujung Minggu Seni Kita, Christy Yang berkata: "Kami teruja untuk kembali dengan siri hujung minggu yang menarik untuk komuniti kreatif tempatan di Kuching.
"Ini merupakan acara bertema sulung kami yang menggalakkan gabungan pelbagai elemen berbeza dalam bentuk seni, barangan buatan tangan, makanan, minuman dan banyak lagi," katanya.
Seni Kita Weekend merupakan festival seni yang dipacu oleh HAUS KCH pada Julai 2022 yang telah mempelopori pelbagai pasar artisan tempatan di Kuching, bermatlamat untuk memperkayakan komuniti seni di Sarawak.
Ditubuhkan pada 2016, HAUS KCH merupakan hab kreatif yang berpusat di City Square, Kuching, yang menyokong dan memudah cara pemerkasaan individu dan entiti kreatif akar umbi menerusi kolaborasi berasaskan ruang dan program.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Seni Kita Weekend Kongxi Raya
#budaya Melayu dan Cina
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan