KUALA LUMPUR: Seorang pemimpin UMNO yang menghadiri Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO di Janda Baik, Pahang pada Jumaat lalu dilaporkan positif COVID-19.
Difahamkan ahli MKT berkenaan merupakan pemimpin kanan UMNO Bahagian di Selangor.
Susulan itu, beberapa pemimpin tertinggi UMNO yang turut menghadiri mesyuarat berkenaan dikatakan telah melakukan ujian saringan dengan segera.
Sumber Astro AWANI yang juga pegawai khas kepada seorang menteri Kabinet berkata, bossnya segera membuat ujian saringan keesokan harinya selepas mendapat berita seorang ahli MKT positif COVID-19.
“Benar, Datuk Seri (menteri berkenaan) hadir pada mesyuarat itu. Esoknya terus beliau buat swab test,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
BACA: MT UMNO bermesyuarat di Janda Baik
BACA: Tiga jam bermesyuarat, MT UMNO bermalam di Janda Baik?
Bagaimanapun, pegawai berkenaan enggan mendedahkan identiti sebenar ahli MKT yang dikatakan positif COVID-19, sekali gus membawa risiko kepada semua yang hadir dalam mesyuarat itu.
Antara pemimpin yang menghadiri mesyuarat MKT yang berlangsung di Institut Latihan Memperkasakan Ilmu (ILMU) itu ialah Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan; Naib Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.
Dalam masa sama juga, Astro AWANI sedang berusaha mendapatkan pengesahan daripada Ahmad mengenai perkara tersebut.
Firdaus Azil
Sun Feb 21 2021
Pemimpin UMNO berkenaan antara yang hadir dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO di Institut Latihan Memperkasakan Ilmu (ILMU) Janda Baik, Pahang, pada 19 Februari lepas.
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
Tentera AS mula pembinaan jeti sementara di Gaza
Tentera Amerika Syarikat memulakan pembinaan jeti sementara bagi penghantaran bantuan ke Gaza, diumumkan oleh Setiausaha Akhbar Jabatan Pertahanan, Patrick Ryder.
Kekejaman zionis: Penemuan kubur besar di Hospital Gaza perlu disiasat
Pasukan pertahanan awam Palestin gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penemuan hampir 400 mayat dari kubur besar di hospital di Gaza selepas tentera Israel meninggalkan fasiliti kesihatan itu.
Israel perlu dikenakan sekatan senjata dan minyak tanpa syarat
Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Francesca Albanese, menyeru sekatan senjata dan minyak tanpa syarat dikenakan ke atas Israel, susulan tindakan rejim itu melanggar undang-undang antarabangsa.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan bebas tebusan
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan pembebasan tebusan menyebabkan usaha menamatkan krisis di Gaza gagal.
MKT UMNO sesi 2023-2026 adakan mesyuarat pertama hari ini
Pimpinan baharu Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sesi 2023 hingga 2026 mengadakan mesyuarat pertamanya di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia, hari ini.
MKT UMNO mula bermesyuarat, dijangka buat beberapa keputusan penting
Ahli MKT dilihat mula memasuki ruang legar di Menara Datuk Onn bermula jam 8 malam bagi menghadiri mesyuarat tersebut.
'UMNO milik semua, bukan MT sahaja' - Khairy
Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini menegaskan UMNO adalah milik semua ahlinya dan bukan milik Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) sahaja.
Mesyuarat MKT UMNO malam ini rutin sebelum PAU2022 - Ahmad Zahid
Mesyuarat MKT UMNO malam ini adalah mesyuarat rutin sebelum persidangan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2022 yang akan berlangsung esok, kata Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Tajuddin digugur ahli MKT UMNO
Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman digugurkan daripada ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.
PM adakan pertemuan dengan ketua parti dalam PN petang ini - Laporan
Agenda pertemuan tersebut tidak diketahui namun ia dijangka membincangkan isu penarikan sokongan UMNO terhadap PN.
Pemilihan ditangguhkan: MKT UMNO hanya 'caretaker' ketika ini - RoS
MKT dalam mesyuaratnya bersetuju menangguhkan pemilihan atau mesyuarat parti selama 18 bulan bermula 30 Jun lalu.
Sidang DUN Melaka bermula 6 September - Speaker
Sidang itu dapat dilaksanakan selepas mendapat izin daripada Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam.
Kerajaan derhaka belakangi titah Agong - Ketua Pemuda UMNO
Ahli-ahli Parlimen UMNO juga digesa tarik sokongan terhadap Muhyiddin seperti diputuskan dalam Majlis Kerja Tertinggi parti itu pada 7 Julai lalu.
Najib nafi terlibat dalam kenyataan Ahli Parlimen BN sokong kerajaan PN
Najib berkata, beliau tidak pernah bersetuju untuk melanggar arahan MKT UMNO dengan tindakan menyokong kepimpinan Perdana Menteri.