awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Raja Perlis harap kerajaan negeri perkasa penghayatan al-Quran, teras pembinaan ummah
AS kekal hak menjamin keselamatan ketenteraan pangkalan Diego Garcia - Trump
Ribut Leonardo: Lelaki maut di Portugal, wanita dihanyutkan arus di Sepanyol
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seorang lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
20/05/2025
13:27 MYT
Seorang lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia
Aripin @ Ariffin Jawah @ Ab Halim menghembuskan nafas terakhir di Rehab Al-Janadiriyyah pada jam 7.30 pagi waktu tempatan (2.30 pagi waktu Malaysia). - Foto Dato' Setia Dr. Naim
KUALA LUMPUR: Seorang lagi jemaah haji meninggal dunia di Makkah pada Selasa akibat serangan jantung.
Ini adalah kematian ketiga melibatkan jemaah haji Malaysia di Tanah Suci selepas Allahyarhamah Norizah Tambonan, 47, dan Abdullah Mat yang juga meninggal dunia akibat serangan jantung.
Mengesahkan perkara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, jemaah berkenaan, Aripin @ Ariffin Jawah @ Ab Halim menghembuskan nafas terakhir di Rehab Al-Janadiriyyah pada jam 7.30 pagi waktu tempatan (2.30 pagi waktu Malaysia).
"Jemaah dari KT058, Maktab 90A berasal dari Tawau Sabah. Arwah juga ditemani isterinya, Norasiah Imamn sepanjang perjalanan haji ini.
"Saya mendoakan agar Norasiah, anak-anak serta seluruh ahli keluarga diberi kekuatan dan kesabaran. Al-Fatihah buat roh Allahyarham," katanya menerusi perkongsian di Facebook, di sini pada Selasa.
Mohd Na'im berkata, Tabung Haji akan menguruskan pelaksanaan badal haji untuk Allahyarham dan urusan berkaitan lain akan disempurnakan sebaiknya.
Beliau turut menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar.
"Namun kita yakin Allahyarham dipanggil dalam keadaan yang sangat mulia sebagai tetamu Allah di Tanah Suci-Nya," ujarnya lagi.
Beliau mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan para solihin.
Untuk rekod, seramai 18,453 jemaah Malaysia berada di Tanah Suci iaitu 58 peratus daripada jumlah keseluruhan 31,600 jemaah haji musim 1446 Hijrah.
Topic Berkaitan
#Tabung Haji
#jemaah haji
#meninggal dunia
#Makkah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan