awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rani Kulup ditidurkan di zon merah HUKM
Penceramah bebas dijel 10 hari gagal lunas hutang kahwin RM120,000
Laporan siasatan kes Danish Irfan siap dua minggu lagi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seorang lagi suspek kes simbah asid di Bachok direman seminggu

Bernama
Bernama
23/05/2025
07:16 MYT
Seorang lagi suspek kes simbah asid di Bachok direman seminggu
Tahanan reman itu bagi membolehkan suspek disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah. - Foto Bernama
KOTA BHARU: Seorang lagi suspek yang disyaki terlibat dalam kejadian menyimbah cecair dipercayai asid terhadap pemilik spa di Beris Kubur Besar di Bachok pada Sabtu lepas, direman tujuh hari bermula hari ini hingga 29 Mei.

Ringkasan AI
  • Suspek kedua direman: Seorang lelaki berusia 45 tahun yang disyaki terlibat dalam kejadian menyimbah asid terhadap pemilik spa di Bachok direman selama tujuh hari bagi siasatan lanjut.
  • Kes berkaitan dengan suspek lain: Sebelum ini, seorang wanita berusia 38 tahun turut direman selama lima hari berkaitan insiden yang sama, menunjukkan perkembangan siasatan pihak berkuasa.
  • Keadaan mangsa: Mangsa mengalami kecederaan serius akibat serangan asid, dengan melecur di beberapa bahagian badan, namun kini dilaporkan dalam keadaan stabil dan menerima rawatan di hospital.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Rais Imran Hamid selepas membenarkan permohonan daripada polis bagi membolehkan lelaki berusia 45 tahun itu disiasat lanjut mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, lelaki terbabit yang memakai baju lokap polis serta pelitup separuh muka tiba di Mahkamah Majistret Kota Bharu pada 10.30 pagi.
Semalam, media melaporkan seorang suspek wanita berusia 38 tahun direman lima hari bermula semalam di Mahkamah Majistret Bachok berhubung kes yang sama.
Sabtu lepas, seorang peniaga wanita disimbah cecair dipercayai asid oleh individu tidak dikenali dalam kejadian berhampiran sebuah kedai serbaneka di Beris Kubur Besar, Tawang.
Akibat serangan itu, mangsa melecur teruk pada bahu, belakang, lengan dan kaki.
Bagaimanapun dia kini dilaporkan stabil dirawat di Wad Unit Rawatan Kebakaran, Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#suspek kes simbah asid
#pengusaha spa
#Bachok
#direman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami