awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis minta bantuan kesan remaja lelaki hilang di Sungai Buloh
Lawatan Modi ke Malaysia dilihat peluang luaskan perdagangan, kerjasama serantau
Rumah bekas Presiden Korea Selatan Park Geun‑hye disita akibat hutang tertunggak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seorang lagi suspek kes simbah asid di Bachok ditahan - Polis

Bernama
Bernama
23/05/2025
03:00 MYT
Seorang lagi suspek kes simbah asid di Bachok ditahan - Polis
Suspek berusia 45 tahun itu ditahan polis bagi membantu siasatan berkaitan kes berkenaan yang disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan. - Gambar hiasan
KOTA BHARU: Polis menahan seorang lagi suspek lelaki disyaki terlibat dalam kejadian menyimbah cecair dipercayai asid terhadap seorang pemilik spa di Beris Kubur Besar, Bachok, Sabtu lepas.
Ketua Polis Daerah Bachok Supt Mohamad Ismail Jamaluddin berkata suspek ditahan pada 4 petang semalam di sebuah kilang getah di Kuala Krai.
Beliau berkata suspek berusia 45 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan berkaitan kes berkenaan yang disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
"Polis akan memohon perintah reman suspek pada hari ini bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan," katanya kepada Bernama hari ini.
Semalam, Bernama melaporkan seorang suspek wanita turut ditahan di sebuah kilang yang sama kerana disyaki terlibat dalam kejadian berkenaan.
Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat dilapor berkata wanita berusia 38 tahun itu ditahan pada 4 petang pada Rabu.
Pada Sabtu lepas, seorang peniaga wanita disimbah cecair dipercayai asid oleh seorang individu tidak dikenali dalam kejadian berhampiran sebuah kedai serbaneka di Beris Kubur Besar, Tawang dekat Bachok.
Akibat serangan itu, mangsa melecur teruk pada bahu, belakang, lengan dan kaki, bagaimanapun dia kini dilaporkan stabil dirawat di Wad Unit Rawatan Kebakaran, Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#simbah asid
#Bachok
#polis
#pemilik spa
#kilang getah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami