IPOH: Seorang lelaki maut manakala lima cedera selain lima lagi terselamat selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Gopeng-Kampar pada Ahad.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 1.40 tengah hari sebelum anggota penyelamat dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Gopeng segera ke tempat kejadian.
Kemalangan melibatkan pelanggaran antara sebuah Perodua Myvi yang bertembung dengan sebuah Toyota Vellfire, selain melibatkan sebuah Proton Saga dan Perodua Alza.
Pemandu Perodua Myvi ditemukan maut di tempat kejadian manakala kesemua 10 individu lain mengalami kecederaan dan dirawat di tempat kejadian.
"Setibanya di lokasi kejadian seorang mangsa terperangkap di dalam kenderaan perodua Myvi dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala mangsa yang lain telah keluar dengan sendiri.
"Anggota penyelamat menggunakan pengusung untuk mengeluarkan mangsa yang terperangkap serta membuat rawatan awal kepada mangsa yang mengalami kecederaan," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Beliau berkata selepas dibawa keluar dari rempuhan tersebut, pemandu Myvi itu yang dikenali sebagai Baharudin Tua, 89, disahkan telah meninggal dunia di tempat kejadian dan dibawa ke hospital berdekatan untuk bedah siasat.
Pihaknya memaklumkan operasi tersebut tamat kira-kira dilakukan 3 petang.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 09 2021
Pemandu Perodua Myvi ditemukan maut di tempat kejadian manakala kesemua 10 individu lain mengalami kecederaan. - Foto Sinar Harian
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) mengambil keputusan secara rasmi menarik diri daripada gabungan politik Perikatan Nasional (PN).
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
MPV dinaiki enam pegawai imigresen terlibat nahas babit lima kenderaan
Kenderaan JIM terbabit dipercayai dalam perjalanan ke Kuala Lumpur selepas selesai tugasan di Johor Bahru.
Penunggang motosikal parah, 5 cedera kemalangan babit ambulans KKM
Seorang penunggang motorsikal wanita cedera parah manakala lima lagi cedera ringan dalam kemalangan membabitkan sebuah ambulans dengan empat kenderaan di Jalan Kajang Perdana, di sini pada Isnin.
Pemain West Ham, Antonio stabil selepas kemalangan jalan raya
Dalam satu kenyataan, West Ham berkata, Antonio, 34 tahun, sudah kembali sedar.
Remaja maut kereta hilang kawalan bertembung lori
Mangsa yang berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
Penghantar makanan maut dirempuh kereta di lampu isyarat merah
Seorang penghantar makanan maut dirempuh sebuah kereta ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat di Jalan Taman Mas, Puchong pada Jumaat.
Mahasiswa maut dalam perjalanan ke kampus
Dalam kejadian kira-kira 8.30 pagi itu, Muhammad Irfan Roslan, 20, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Kemalangan di Setiu: Jenazah tiga beranak dikebumi dalam satu liang lahad
Jenazah tiga beranak yang maut dalam kemalangan jalan raya di Kampung Sungai Lerek dekat Setiu, selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Maras.
Warga emas maut dalam kemalangan libat dua kereta
Seorang wanita warga emas maut dalam kemalangan melibatkan dua kereta di KM46, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, semalam.
Anggota polis cedera, kereta peronda dirempuh ketika mahu siasat kes kemalangan
Tiga lelaki cedera termasuk dua anggota polis selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kilometer (KM)74.5 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur di sini pada Sabtu.
Tiga beranak maut, bayi setahun selamat dalam kemalangan di Lebuhraya DUKE
Bayi lelaki berusia kira-kira setahun selamat dan dibawa ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut.