awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rubio nafi penahanan Maduro bermotifkan minyak, tegas tindakan AS tidak langgar undang-undang
Isu putus atau bergabung perlu dibincang secara matang, bukan terburu-buru - Azalina
Bekas Pengarah Eksekutif hadapi 11 tuduhan sebabkan kerugian salah kepada syarikat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seorang maut, 6 cedera lori rempuh van

Petrus Bernard
Petrus Bernard
30/04/2022
13:37 MYT
Seorang maut, 6 cedera lori rempuh van
Difahamkan van yang dinaiki semua mangsa dipercayai dirempuh sebuah lori dari arah belakang. - Gambar/ Astro AWANI
LAHAD DATU: Seorang wanita maut manakala enam lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah van dan lori di Jalan Sungai Burung Tawau-Lahad Datu di sini, pada Sabtu.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata pihak menerima makluman berkaitan kejadian itu pada jam 11.32 pagi.
Katanya, difahamkan van yang dinaiki semua mangsa dipercayai dirempuh sebuah lori dari arah belakang.
"Dalam nahas tersebut lima penumpang dan seorang pemandu van mengalami kecederaan. Mereka dikeluarkan orang awam dan dihantar ke Hospital Tawau sebelum ketibaan pihak bomba.
"Sementara itu, seorang wanita yang juga penumpang van disahkan maut oleh pasukan perubatan di lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Sabtu.
Katanya, mayat mangsa seterusnya dikeluarkan oleh pihak bomba sebelum dihantar ke Hospital Tawau untuk bedah siasat.
Beliau berkata, lelaki yang memandu lori berkenaan bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Topic Berkaitan
#kemalangan maut
#Lahad Datu
#Aidilfitri
#lori rempuh van
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan