awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seorang maut, dua cedera kemalangan babit dua motosikal

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
10/05/2025
02:45 MYT
Seorang maut, dua cedera kemalangan babit dua motosikal
Penunggang Yamaha LC135 disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan yang hadir. - Foto PDRM
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera dalam satu kemalangan membabitkan dua buah motosikal di persimpangan lampu isyarat berhampiran stesen minyak Petron, Jalan Kantan, Hulu Selangor, pada Jumaat.

Ringkasan AI
  • Seorang lelaki maut dan dua cedera dalam kemalangan motosikal di persimpangan lampu isyarat dekat Petron, Jalan Kantan, Hulu Selangor.
  • Ketua Polis Hulu Selangor, DSP Mohd Asri Mohd Yunus, berkata motosikal Yamaha LC135 melanggar motosikal KTM Duke dari arah belakang.
  • Siasatan mendapati motosikal KTM Duke dalam perjalanan dari Bukit Sentosa ke Jalan Jenjarum sebelum kejadian berhampiran Masjid As-Salam.

Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintenden Mohd Asri Mohd Yunus, kemalangan berlaku apabila sebuah motosikal jenis Yamaha LC135 telah melanggar sebuah motosikal jenis KTM Duke dari arah belakang.
"Siasatan awal mendapati motosikal KTM Duke dalam perjalanan dari Bukit Sentosa ke Jalan Jenjarum dan berada berhampiran lampu isyarat berdekatan Masjid As-Salam semasa kejadian berlaku," katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.
Beliau berkata, akibat perlanggaran itu, penunggang dan pembonceng kedua-dua motosikal tercampak ke tengah jalan.
"Penunggang Yamaha LC135 disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan yang hadir.
"Pembonceng motosikal tersebut dan penunggang KTM Duke pula telah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.
"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian," ujarnya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Pihak polis turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut agar tampil membantu siasatan.
Topic Berkaitan
#Hulu Selangor
#motosikal
#Akta Pengangkutan Jalan 1987
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami