awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seorang maut, empat cedera dalam kejadian tembak di Pantai Morib

Sinar Harian
Sinar Harian
24/01/2025
09:30 MYT
Seorang maut, empat cedera dalam kejadian tembak di Pantai Morib
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kejadian tembakan itu dipercayai berlaku pada awal pagi Jumaat.- Gambar fail/Bernama
SHAH ALAM: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan seorang maut dan empat lagi cedera dalam satu kejadian tembak pada Jumaat.

Ringkasan AI
  • PDRM mengesahkan seorang maut dan empat lagi cedera dalam kejadian tembak di Pantai Morib, Kuala Langat, Selangor pada awal pagi Jumaat.
  • Tiga lelaki dipercayai warga Indonesia adalah antara lima mangsa kejadian tersebut, dengan empat yang cedera dihantar ke hospital untuk rawatan.
  • Polis sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian tembak tersebut melalui IPD Kuala Langat dan IPD Sepang.

Difahamkan tiga lelaki dipercayai warga Indonesia mengalami kecederaan dalam kejadian tembak di kawasan Pantai Morib, Kuala Langat, Selangor.
Mereka adalah antara lima mangsa kejadian kes tembak tersebut.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kejadian tembakan itu dipercayai berlaku pada awal pagi Jumaat.
Beliau berkata, seorang daripada lima mangsa dalam kejadian itu disahkan mati di tempat kejadian.
"Empat yang mengalami kecederaan telah dihantar ke dua buah hospital bagi mendapatkan rawatan.
"Tiga orang telah dihantar ke Hospital Sultan Idris Shah (Hospital Serdang) dan seorang lagi dihantar ke Hospital Klang bagi mendapat rawatan lanjut," katanya pada Jumaat.
Kata beliau, pihak polis pada masa ini menerusi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat dan IPD Sepang sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian tembak tersebut. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#insiden tembakan
#Morib
#Hussein Omar Khan
#Polis Selangor
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan