awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seorang maut, empat cedera dilanggar tren komuter

Pia Ernadya
Pia Ernadya
28/01/2025
14:14 MYT
Seorang maut, empat cedera dilanggar tren komuter
KTMB menerusi satu kenyataan media memaklumkan, kejadian itu menyebabkan tren berkenaan, yang membawa 200 penumpang, mengalami kerosakan dan kelewatan lebih satu jam. - Foto hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Seorang individu maut manakala empat lagi cedera ringan selepas dilanggar tren komuter Keretapi Tanah Melayu (KTM) dalam kejadian di KM 34.734 antara Teluk Pulai dan Klang pada pagi Selasa.
Kesemua lelaki terbabit dipercayai cuba menyeberangi landasan ketika kejadian sebelum dirempuh tren komuter No. 2110.
KTMB menerusi satu kenyataan media memaklumkan, kejadian itu menyebabkan tren berkenaan, yang membawa 200 penumpang, mengalami kerosakan dan kelewatan lebih satu jam.
“Tren komuter No.2110 berlepas dari Stesen Jalan Kastam pada jam 6.39 pagi dengan kapasiti seramai 200 penumpang terpaksa berhenti akibat terlanggar penceroboh di KM 34.734 antara Teluk Pulai - Klang,” jelas kenyataan itu.
Susulan kejadian, lokomotif bantuan telah dihantar bagi membawa tren yang terjejas, sementara kerja-kerja pengalihan mayat dilakukan untuk membolehkan perkhidmatan tren kembali beroperasi seperti biasa.
“Para penumpang yang terjejas untuk tren berikutnya juga telah dibawa menaiki bas perantara percuma yang disediakan ke Stesen Subang Jaya bagi meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing,” tambah kenyataan itu lagi.
Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi KTMB, Mohd Zain Mat Taha, mengingatkan orang ramai bahawa landasan kereta api adalah kawasan larangan, dan individu yang menceroboh boleh dikenakan denda sehingga RM500 di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.
"Mangsa telah dibawa ke hospital berdekatan untuk rawatan susulan. Siasatan lanjut akan dijalankan oleh pihak berkuasa," jelasnya.
Orang ramai yang memerlukan bantuan atau maklumat terkini boleh menghubungi Pusat Panggilan KTMB di talian 03-9779 1200 atau mengikuti platform media sosial rasmi KTMB.
Kenyataan media KTMB
Kenyataan media KTMB
Topic Berkaitan
#dilanggar komuter
#KTMB
#Keretapi Tanah Melayu
#ceroboh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan