awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gangguan besar dilaporkan oleh pengguna X - NetBlocks
Sekatan ke luar negara hanya kepada peminjam PTPTN berpendapatan tinggi yang culas
Kuala Lumpur dipacu sebagai bandar pintar berpaksikan rakyat - Hannah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seorang maut, empat cedera; kereta bertembung treler

Hafizi Rosli
Hafizi Rosli
21/04/2021
02:37 MYT
Seorang maut, empat cedera; kereta bertembung treler
Insiden dipercayai berlaku apabila kenderaan dipandu mangsa hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan. - Foto JBPM Johor
KLUANG: Seorang lelaki maut, manakala isteri dan anaknya berusia dua tahun serta dua lagi mangsa cedera apabila sebuah kereta bertembung treler di Kilometer (KM) 85.5 Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam pada Selasa.
Dalam kejadian jam 5.00 petang, pemandu lelaki, 31, yang memandu kenderaan jenis Perodua Viva disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Low Hang Seng dalam kenyataannya berkata, insiden dipercayai berlaku apabila kenderaan dipandu mangsa hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah treler yang dalam perjalanan dari Johor Bahru menghala ke Ayer Hitam.
Isteri mangsa berusia 27 tahun, anaknya, dua tahun serta dua individu yang merupakan pemandu dan kelindan treler cedera dan dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat untuk rawatan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Topic Berkaitan
#Kluang
#maut
#kereta
#treler
#kemalangan
#Akta Pengangkutan Jalan 1987
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan