awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengerusi IJM Corp ditahan SPRM
Lelaki didenda RM20,000 miliki kad ATM orang lain
CIA henti terbit 'World Factbook' selepas 60 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seorang maut, seorang lagi parah kemalangan di Jalan Tun Razak

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
26/01/2020
00:50 MYT
Seorang maut, seorang lagi parah kemalangan di Jalan Tun Razak
Kejadian berlaku di hadapan Bangunan Intermark, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Foto JBPM
Seorang maut manakala seorang lagi cedera parah selepas terlibat kemalangan di hadapan Bangunan Intermark, Jalan Tun Razak, di ibu negara pagi ini.
Menurut Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.07 pagi Ahad.
“Seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Tun Razak dengan sebuah jentera FRT digerakkan ke lokasi kejadian.
“Setibanya di lokasi, anggota mendapati kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Proton Saga yang terbabas dan melanggar pembahagi jalan.
“Pemandu kenderaan itu telah dikeluarkan oleh orang awam dan mengalami kecederaan patah kaki manakala mangsa kedua penumpang hadapan tersepit serta disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, katanya, mangsa yang meninggal dunia dan tersepit di dalam kenderaan itu telah dikeluarkan oleh anggota bomba.
“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” jelasnya.
Topic Berkaitan
#Balai Bomba dan Penyelamat
#Bangunan Intermark
#cedera parah
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur
#Jalan Tun Razak
#kemalangan
#maut
#mayat
#meninggal dunia
#panggilan kecemasan
#patah kaki
#Proton Saga
#pusat gerakan operasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan