awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seorang pegawai, empat anggota polis direman berkaitan kes pemerasan scammer

Bernama
Bernama
14/03/2023
05:08 MYT
Seorang pegawai, empat anggota polis direman berkaitan kes pemerasan scammer
Polis percaya kes tersebut berkaitan dengan serbuan yang dilakukan polis terhadap kegiatan scam melibatkan warganegara China. - Gambar hiasan
SHAH ALAM: Lima anggota polis termasuk seorang pegawai berpangkat inspektor direman empat hari sehingga semalam bagi membantu siasatan dalam kes pemerasan melibatkan wang tunai berjumlah RM150,000.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan pada Khamis lepas mendakwa beliau telah diperas ugut oleh seorang pegawai dan beberapa anggota polis.
"Pada hari yang sama, kita telah menahan seorang yang berpangkat inspektor, seorang sarjan, dua koperal dan seorang konstabel yang disyaki melakukan pemerasan melibatkan kerugian RM150,000," katanya pada sidang media di sini hari ini.
"Kesemua mereka dibebaskan dengan jaminan polis dan siasatan telah dilengkapkan dan kes akan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat," katanya.
Hussein berkata demikian bagi mengulas mengenai pendedahan di akaun Telegram Edisi Siasat yang mendakwa pegawai dan anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang melakukan pemerasan ke atas satu sindiket scammer.
Beliau berkata setakat ini tiada wang tunai ditemukan daripada semua suspek dan polis percaya kes tersebut berkaitan dengan serbuan yang dilakukan polis terhadap kegiatan scam melibatkan warganegara China.
"Polis juga sedang menyiasat pengadu dan kumpulan beliau yang kemungkinan terlibat dalam aktiviti scammer ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis direman
#peras ugut
#scammer
#Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan