awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
SHMMP: KPDN Perak tempatkan 195 penguat kuasa, 75 pegawai pemantau harga
Neelofa rasmi pemegang saham majoriti syarikat teknologi gaya hidup TheNoor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seorang rentung nahas dua kenderaan di Lebuhraya PLUS

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
09/12/2023
03:40 MYT
Seorang rentung nahas dua kenderaan di Lebuhraya PLUS
Keadaan van yang terlibat dalam nahas dengan sebuah lori di Kilometer 198.4 Lebuhraya Utara Selatan. - Foto JBPM
BAGAN SERAI: Seorang rentung manakala dua lagi cedera selepas van yang mereka naiki terbakar terlibat dalam nahas dengan sebuah lori di Kilometer 198.4 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara, hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan itu pada jam 8.24 pagi.
Menurutnya, jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Serai yang tiba di lokasi kira-kira jam 8.42 pagi mendapati sebuah bam terbakar keseluruhan selepas berlaku kemalangan jalan raya.
“Terdapat tiga orang mangsa, seorang rentung manakala dua lagi cedera dan telah dihantar ke Hospital Taiping oleh ambulan KKM,” katanya dalam kenyataan di sini.
Bagaimanapun, ujarnya, setakat ini maklumat mangsa tidak dapat dipastikan.
Menurutnya, mangsa yang rentung diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Operasi turut dibantu anggota dari BBP Kamunting.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Juna Yusoff berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut mengenai kemalangan tersebut.
Topic Berkaitan
#Nahas
#rentung
#van
#Lori
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan