Sekurang-kurangnya separuh ahli dan pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kelantan didakwa membuat keputusan untuk meninggalkan parti berkuat kuasa serta-merta.

Bekas Timbalan Pengerusi Bersatu Kelantan, Datuk Sazmi Miah menjangkakan sebahagian daripada 42,000 ahli Bersatu yang meninggalkan parti itu akan menyertai perjuangan bekas perdana menteri, tun dr mahathir mohamad.

Berikutan tindakan tersebut, beliau mendakwa Bersatu Kelantan telah lumpuh.

“Kita ada 42,000 ahli di Kelantan dan kita menjangkakan hari ini sahaja lebih 10 peratus dah kita jangkakan sekurang-kurangnya 50 peratus ahli Bersatu akan keluar daripada Bersatu Kelantan.

"Ahli Bersatu Kelantan menyertai Bersatu bukan kerana Tan Sri Muhyiddin Yassin tapi kerana Tun Dr Mahathir Mohamad," jelasnya lagi.

Sazmi sebelum ini merupakan antara ahli Bersatu yang digugurkan keahlian oleh parti.

Beliau menjelaskan tindakan ahli dan pimpinan bahagian yang keluar daripada parti menyaksikan Bersatu Kelantan berdepan dengan kekurangan ahli.