KUALA TERENGGANU: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu memasang dua perangkap untuk menangkap harimau dipercayai berkeliaran di sekitar ladang sawit Kampung Teladas dekat Air Putih di Kemaman, petang semalam.
Pengarahnya, Loo Kean Seong berkata ia susulan laporan dari penternak lembu di kampung tersebut yang mendakwa berlaku serangan mamalia itu sejak Disember tahun lepas hingga menyebabkan kematian haiwan ternakan mereka.
"Satu perjumpaan bersama Perhilitan, penternak haiwan, penduduk kampung dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Air Putih Ab Razak Ibrahim telah diadakan tiga hari lepas untuk mengatasi masalah serangan harimau.
"Laporan segera perlu dibuat terus kepada Perhilitan sekiranya terdapat ternakan yang diserang binatang buas supaya jabatan boleh menyiasat jenis serangan berdasarkan tinggalan bangkai dan mengambil tindakan sewajarnya," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Sementara itu, Ab Razak berkata masalah serangan harimau di kampung tersebut dipercayai pernah berlaku beberapa tahun lepas namun tidak dilaporkan secara rasmi kepada Perhilitan.
"Namun, sejak Disember lepas, serangan semakin menjadi-jadi dan banyak ternakan yang (dipercayai) dibaham harimau. Ada penduduk mendakwa ia adalah harimau kumbang dan ada yang mendakwa harimau belang.
"Saya berharap semua penduduk lebih berhati-hati dalam menjaga keselamatan mereka sehinggalah operasi menangkap haiwan tersebut berjaya," katanya.
Serangan harimau terhadap haiwan ternakan sebelum ini sering berlaku di sekitar Felda Kerteh 3 dan Kerteh 4 di daerah Dungun bermula 2019 menyebabkan lebih 60 penternak kerugian ratusan ribu ringgit selepas haiwan ternakan mereka mati.
Pada Februari tahun lepas, seekor harimau belang jantan dikenali sebagai 'Awang Rasau' berjaya ditangkap Perhilitan di Felda Kerteh 3 diikuti seekor lagi harimau belang 'Atan Kerteh' yang masuk ke perangkap di Kerteh 4 pada Ogos tahun lepas namun dipercayai masih ada kumpulan haiwan itu yang lepas bebas di sekitar hutan berhampiran.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 13 2022

Perhilitan Terengganu memasang dua perangkap untuk menangkap harimau dipercayai berkeliaran di sekitar ladang sawit Kampung Teladas dekat Air Putih di Kemaman, petang semalam. - Gambar hiasan

"Saya didera oleh..." - Facebook mendiang Tangmo tiba-tiba kembali aktif
Lebih mengejutkan apabila beberapa status telah dimuatnaik di laman media sosial itu hingga mencetuskan pelbagai spekulasi.

Perhimpunan WHO | PBB seru labur lebih banyak dana kepada WHO
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menyeru masyarakat global untuk melabur lebih banyak dalam Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi mempromosikan "keamanan dan keselamatan." Bercakap pada perhimpunan kesihatan, Guterres berkata sepanjang krisis COVID, WHO telah menjadi "sumber sokongan terbuka yang teguh" untuk akses vaksin yang saksama.

Teknologi Penternakan | Kolar GPS bantu kawal lembu
Penternak lembu di Sussex, Selatan England, menemui kaedah baharu yang membolehkan mereka tidak lagi menggunakan pagar bagi mengawal haiwan berkenaan. Syarikat Nofense UK mencipta kolar GPS yang mengeluarkan bunyi untuk dipakaikan kepada lembu,

COVID-19 | Penularan COVID-19 negara tunjuk trend penurunan
Situasi wabak COVID-19 dalam negara menunjukkan perkembangan positif sepanjang minggu epid (ME) 20/2022 apabila beberapa indikator menunjukkan penurunan kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata sepanjang ME 20/2022 dari 15 hingga 21 Mei lalu, KKM merekodkan penurunan kes baharu sebanyak 28.8 peratus iaitu 19,137 kes kepada 13,630 kes berbanding ME 19/2022.

Ceroboh Perairan | Bot asing bersama 18 awak-awak ditahan
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, APMM, tahan sebuah bot nelayan asing yang menceroboh perairan negara. Menurut Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli bot berkenaan ditahan dalam satu rondaan operasi penguatkuasaan bersepadu Op Naga Barat dan Op Khas Kuda Laut.

Anthony Albanese angkat sumpah sebagai Perdana Menteri Australia ke-31
Albanese menewaskan Scott Morrison dan gabungannya, sekali gus menamatkan kuasa pakatan itu selama hampir sembilan tahun.

Cubaan Culik | Budak empat tahun dilarikan lelaki warga Myanmar
Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun berdepan detik cemas apabila cuba dilarikan lelaki warga Myanmar ketika sedang bermain di hadapan rumahnya, dekat Pusat Dagangan Batu 3, di Batu Tiga, Jalan Gambang, Kuantan. Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu, pihaknya menerima panggilan dari orang awam mengenai kejadian itu jam 9.45 pagi, pada Ahad.

Jom Tengok Bola | Platform pupuk semangat perpaduan
Jom Tengok Bola Unity bersama Harimau Muda menentang Indonesia anjuran Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dan Astro AWANI merupakan platform tepat bagi menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Sukan SEA Hanoi: Penganjur janji majlis penutup paling diingati
Tran Ly Ly berkata, majlis penutup akan menjadi acara yang lebih selesa dan mesra, dengan moto 'Bersatu untuk bersinar'.

Kes baharu COVID-19 menurun 28.8 peratus minggu lepas - Dr Noor Hisham
Perkembangan itu menyaksikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia kini sebanyak 4,489,503 kes dengan 28,085 kes aktif.

Kelayakan Piala Asia 2023: 'Saya rasa takut sikit' - Shahrul Nizam
Shahrul Nizam mengakui berasa kerdil dikelilingi barisan pemain pertahanan lain.

Sukan SEA Hanoi: Skuad B-23 gagal bawa pulang pingat gangsa
Skuad Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan pulang dengan tangan kosong, selepas tewas kepada Indonesia 3-4, dalam penentuan sepakan penalti.

Perhilitan sahkan tiada kesan kehadiran harimau belang di Kemensah Heights
Perhilitan memaklumkan tiada sebarang tanda atau kesan kehadiran harimau di kawasan Kemensah Heights, Hulu Kelang, seperti yang tular di media sosial sejak Jumaat.

Sukar percaya insiden terserempak harimau, aktiviti riadah di Kemensah masih diteruskan
Berdasarkan tinjauan di lokasi, penduduk tempatan dan pengunjung luar tetap melakukan aktiviti kegemaran mereka tanpa rasa resah atau terganggu.

Pengawal keselamatan dakwa temui harimau berlegar-legar ditahan - Polis
Polis menahan seorang pengawal keselamatan warga Bangladesh yang sebelum ini mendakwa menemui seekor harimau berlegar-legar berhampiran Jalan Tropika, Kemensah 3, Kemensah Height, Hulu Kelang.

Pan Gon 'terpikat' potensi Shahrul Nizam
Pemain itu berpeluang untuk menilai potensinya dalam melengkapkan senarai 30 pemain yang dipanggil ke kem latihan pada Jumaat.

Polis terima laporan penampakan harimau di Kemensah Heights
Saksi telah membuat laporan di Balai Polis Melawati pada jam 12.40 tengahari.

Sukan SEA Hanoi: Maloney bangga dengan keberanian anak buah
Pasukannya telah memberikan segalanya untuk cuba mengatasi tuan rumah yang dibimbing Park Hang Seo dari Korea Selatan itu.

Program Jom Tengok Bola semai semangat perpaduan rakyat - Halimah
Program anjuran bersama Astro AWANI itu amat bertepatan dalam menyatupadukan rakyat Malaysia.

Pan Gon panggil 29 pemain ke kem latihan skuad Harimau Malaya
Sebagai persiapan untuk pusingan kelayakan Piala Asia 2023 bagi Kumpulan E, serta dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1.