KUALA LUMPUR: Serangan dron dan peluru berpandu oleh Iran ke atas Israel pada awal Ahad (waktu Malaysia) bukan bermaksud untuk memusnahkan atau membunuh rakyat Israel, tetapi untuk menunjukkan Tehran mampu bertindak sendiri terhadap negara seterunya itu.
Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara Prof Azmi Hassan berkata Tehran tidak bergantung kepada proksi seperti Hizbollah di Lubnan dalam melakukan sebarang gerakan terhadap Israel.
Tindakan Iran dikatakan berpunca daripada tindakan Israel menyerang kedutaannya di Damsyik, Syria yang membunuh tujuh pegawai kanan tenteranya yang dikatakan menjadi perantara penting bagi hubungan dengan Hizbollah.
Ditanya sama ada tindakan Iran yang telahpun diramalkan dari awal lagi oleh Israel dan sekutunya Amerika Syarikat (AS) akan menyebabkan perang lebih besar, Azmi menjawab ia bergantung kepada tindak balas Israel selepas ini.
Menurut beliau kesan serangan Iran ke atas Israel akan bergantung sama ada Israel menerima mesej Iran atau tidak. Namun beliau percaya dalam masa 24 jam ini akan digembar-gemburkan berita bahawa Israel berjaya mematahkan serangan Iran.
"Jadi dalam masa 24 jam ini kita tidak akan melihat kemusnahan besar-besaran ke atas Israel. Ini kerana peluru berpandu yang dilancar Iran boleh dipintas oleh sistem pertahanan udara Israel," kata Azmi merujuk kepada mesej tersirat di sebalik serangan Tehran itu.
"Jika dalam masa 24 jam digembar-gemburkan Israel berjaya mematah serangan Iran, maka serangan balas balik ini akan berakhir di situ. Air muka Tel Aviv dan Tehran terpelihara.
Itu sudah cukup menggambarkan bahawa Israel menang dan tidak perlu tindakan lanjut seperti menyerang Iran. Israel dan AS juga tidak mahukan konflik seperti itu berlaku," katanya.
[LAPOR LANGSUNG] Serangan dron Iran ke atas Israel satu permulaan perang baharu
Sementara itu Agensi Anadolu melaporkan letupan kedengaran di beberapa kawasan di Israel awal Ahad apabila pertahanan udara memintas dron dan misil yang dilacarkan dari Iran.
Siren roket dan letupan kuat kedengaran di selatan Israel, termasuk Eilat, Beersheba, Dimona, Nevatim dan kawasan-kawasan lain, lapor Agensi Anadolu yang memetik The Times of Israel.
Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC) mengesahkan pada Sabtu pelancaran serangan dron dan misil ke atas Israel.
IRGC berkata serangan itu sebagai tindak balas terhadap "banyak sekali jenayah" dilakukan Israel, termasuk serangan ke atas Kedutaan Iran di Damsyik pada 1 April lepas, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 13 orang termasuk tujuh penasihat tentera.
Iran mendakwa serangan itu dilakukan Israel tetapi Tel Aviv tidak mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu secara rasmi.
Perwakilan Tetap Iran ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York dalam hantarannya di laman X berkata tindakan ketenteraan Iran adalah tindak balas terhadap serangan rejim Zionis terhadap premis diplomatik Iran di Damsyik.
"Perkara itu boleh dianggap selesai. Bagaimanapun, sekiranya rejim Israel melakukan lagi kesilapan, Iran akan bertindak balas dengan lebih keras. Ini adalah konflik di antara Iran dan rejim Israel, yang mana Amerika Syarikat tidak perlu campur tangan, katanya.
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres dalam satu kenyataan disiarkan dalam portal un.org mengutuk sekeras-kerasnya serangan itu dan menyeru supaya persengketaan itu dihentikan segera.
"Saya amat bimbang terhadap bahaya sebenar peningkatan konflik serantau ini. Saya menggesa semua pihak supaya bersabar dan mengelakkan daripada mengambil tindakan yang boleh membawa kepada konfrontasi ketenteraan di pelbagai perbatasan di Asia Barat.
Saya telah berulang kali menekankan dunia dan rantaunya tidak lagi mampu menghadapi peperangan," kata Guterres.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 14 2024
Siren roket dan letupan kuat kedengaran di selatan Israel, termasuk Eilat, Beersheba, Dimona, Nevatim dan kawasan-kawasan lain. - Foto Reuters
Pelajar UCLA dakwa universiti lepas tangan
Sebagai pelajar di antara puluhan kampus yang membantah serangan di Gaza, Isabelle Friedman yang memimpin akhbar bebas pelajar UCLA berbicara mengenai cabaran kehidupan harian pelajar dan memberikan liputan berita yang seimbang ketika protes terus meningkat.
Beg sandang dicuri dalam tandas, wanita sarat mengandung trauma kejar peragut
Suspek lelaki berusia 22 tahun yang mempunyai empat rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah itu direman selama tiga hari bermula 30 April hingga 2 Mei 2024.
25 maut, 13 cedera bas terjunam dalam sungai Peru
Kemalangan bas di kawasan gunung Andes di utara Peru telah meragut 25 nyawa manakala 13 cedera pada Isnin.
Nahas Helikopter: Wira negara, damailah anda di sana
Satu negara bersimpati, bersedih dengan perginya pejuang yang telah banyak berjasa buat Malaysia. Bingkisan ini, istimewa buat semua wira yang kini berada di negara abadi.
PRK KKB: Serangan peribadi tak jejas kempen calon PH
Serangan peribadi oleh pihak lawan tidak sesekali menjejaskan perjalanan kempen calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu ini.
Pukul pelatih: Penyelia, pembantu pusat pemulihan dadah mengaku tidak bersalah
Penyelia dan pembantu sebuah pusat pemulihan dadah mengaku tidak bersalah menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang pelatih lelaki.
2 pegawai syarikat pembekalan air direman kes rasuah RM3.3 juta
Perintah reman dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Puan Nurzihan Abdul Rehman di Mahkamah Majistret, di Johor Bahru, pagi Selasa.
LBS menamatkan kempennya dengan ganjaran RM1.5 juta buat 1,400 pembeli bertuah
LBS Bina Group Berhad (LBS) sebagai pemaju yang mengutamakan pelanggannya telah menamatkan kempen LBS Fabulous Extra yang berjalan sejak 2022 hingga 2023 dengan ganjaran bernilai RM1.5 juta.
Pesawah dituduh buat kenyataan menghasut di WhatsApp
Seorang pesawah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan membuat kenyataan menghasut di menerusi aplikasi WhatsApp pada Selasa.
9 tentera terbunuh nahas helikopter di Colombia
Helikopter itu terputus hubungan dengan pangkalan pada tengah hari dan kemudian didapati terhempas berhampiran daerah Santa Rosa.
Konflik Iran-Israel: Kelantan hubungi pelajar di Jordan ambil langkah keselamatan
Kerajaan Kelantan telah menghubungi semua pelajar dari negeri ini yang sedang menyambung pengajian di Jordan susulan tindakan Iran melancarkan serangan ke atas Israel.
Kedutaan Thailand pantau rapat konflik Iran-Israel
Semua kedutaan Thailand di rantau Timur Tengah telah diarahkan untuk terus memantau ketegangan antara Iran dan Israel.
Iran sahkan Operasi Janji Benar sudah berakhir
Ketua Turus Angkatan Tentera Iran, Mejar Jeneral, Mohammad Baqeri mengesahkan Iran telah menamatkan serangan balas di bawah Operasi Janji Benar ke atas wilayah Israel.
Konflik Iran-Israel: PM, anggota Kabinet adakan mesyuarat khas petang ini
Mesyuarat itu akan membincangkan langkah segera yang boleh diambil kerajaan, termasuk membabitkan pelajar-pelajar Malaysia di Asia Barat.
Israel dakwa serangan terbaharu Iran 'gagal'
Serangan semalaman Iran yang tidak pernah berlaku sebelum ini ke atas Israel telah 'digagalkan' kata tentera Israel.
Serangan Iran ke atas Israel: Wisma Putra perlu bersedia, pantau rakyat Malaysia - Fadillah
Kementerian Luar perlu berada dalam keadaan bersedia memantau keselamatan rakyat Malaysia di negara berisiko susulan serangan dron dan peluru berpandu oleh Iran ke atas Israel.
Serangan Iran beri isyarat Tehran mampu bertindak dengan sendiri - Geostrategis
Serangan dron dan peluru berpandu oleh Iran ke atas Israel menunjukkan Tehran mampu bertindak sendiri terhadap negara seterunya itu.
Serangan Iran terhadap Israel untuk tuntut keadilan - Saifuddin
Semua pihak diingatkan supaya melihat serangan balas Iran terhadap Israel sebagai tindakan bagi menuntut keadilan dan menegakkan kebenaran.
Letupan kuat kedengaran di Israel selepas Iran lancarkan serangan dron
Letupan kedengaran di beberapa kawasan di Israel awal Ahad apabila pertahanan udara memintas dron dan misil dari Iran.
Serangan dron Iran ke atas Israel ialah permulaan perang baharu - Pakar
Pelancaran serangan dron Iran ke atas Israel, jelas permulaan kepada sebuah perang yang baharu.