SERANGAN Israel ke atas lebih sejuta rakyat Palestin yang berlindung di kem pelarian terpadat di dunia, Rafah dilihat semakin diperhebat.

Terbaharu kereta kebal Israel dilihat menembak ke arah selatan bandar Rafah yang sesak pada Rabu.

Amerika Syarikat (AS), yang berhasrat untuk menghalang pencerobohan penuh Israel ke atas Rafah, berkata ia percaya cadangan gencatan senjata Hamas yang disemak semula mungkin membawa kepada kejayaan.

Ia selepas kedua-dua pihak sekali lagi buntu dalam rundingan genctaan senjata mesikpun Hamas sudah mempersetujui terma rundingan.

Perbincangan dijangka disambung semula di Kaherah pada Khamis.

AS yang mahu dilihat sebagai pendamai, mengambil keputusan untuk menghentikan penghantaran bom ke Israel bagi mengelak kematian orang awam.

Serangan Israel setakat ini telah membunuh 34,844 rakyat Palestin dalam tujuh bulan perang di Gaza, kebanyakannya orang awam.