TIGA orang terbunuh dan lima lagi parah dalam serangan senjata pisau di bandar Wuerzburg, selatan Jerman, pada Jumaat.

Penyerang dikenali sebagai pendatang Somalia berusia 24 tahun dan telah menjalani rawatan psikiatri wajib beberapa hari sebelum insiden.

Polis menahan suspek dengan melepaskan tembakan ke arah pahanya.

Suspek tinggal di Wuerzburg sejak 2015, tahun di mana Jerman membuka sempadan kepada lebih daripada sejuta  pendatang dan pelarian yang melarikan diri daripada perang dan kemiskinan.

Dia dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan sedang disoal siasat polis.

Siasatan juga sedang mengenal pasti sama ada serangan itu melibatkan keganasan terancang.

Antara yang maut merupakan seorang kanak-kanak lelaki dan salah seorang ibu bapanya.