NATIONAL
Serangan siber: PM arah NACSA, MKN bekerjasama rapat dengan MAHB

Anwar menekankan bahawa kerjasama pasukan kerajaan dan industri harus seiring, agar keupayaan menjaga infrastruktur kritikal negara daripada sebarang ancaman berada pada tahap tinggi. -Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk bekerjasama rapat dengan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) susulan serangan siber ke atas sistem digital MAHB.
Ringkasan AI
- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan NACSA dan MKN untuk bekerjasama dengan MAHB susulan serangan siber ke atas sistem digital MAHB.
- Kerajaan menekankan pentingnya memperkukuh keupayaan pakar tempatan dalam mengendalikan insiden keselamatan siber dan mengurangkan kebergantungan kepada pihak asing.
- Anwar menegaskan kerajaan tidak tunduk kepada tuntutan penggodam yang meminta bayaran AS$10 juta dan akan meningkatkan sistem keselamatan siber negara.
"Keupayaan kapasiti dan kompetensi pakar tempatan harus terus diperkukuh agar kebergantungan kepada pihak asing dalam mengurus sistem kritikal negara, diminimumkan," katanya dalam Taklimat Harian Perdana Menteri (PMO).
Tunku Nashrul menambah, kesiapsiagaan pakar tempatan dalam berhadapan sebarang insiden keselamatan siber akan terus menjadi keutamaan Kerajaan Madani.
Hal ini kerana, ia merupakan jaminan agar keyakinan rakyat serta pelabur terhadap negara sentiasa pada tahap yang tinggi, ujarnya.
Dalam masa sama, Perdana Menteri mengingatkan semua pihak supaya tidak menyebarkan maklumat tidak sahih dan hanya merujuk kepada sumber rasmi bagi mendapatkan perkembangan terkini.
Perdana Menteri sebelum ini mendedahkan sistem digital MAHB telah diserang baru-baru ini, dengan penggodam menuntut bayaran AS$10 juta.
Bagaimanapun, Anwar berkata kerajaan tidak tunduk kepada ugutan itu, selain menyatakan keperluan meningkatkan sistem negara dengan dana tambahan kepada beberapa agensi termasuk Polis Diraja Malaysia dan Bank Negara Malaysia.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami