KUALA LUMPUR: Lima ahli keluarga suspek kes serangan Balai Polis Ulu Tiram, Johor kekal ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihak polis boleh menggunakan undang-undang tersebut untuk menjalankan siasatan berhubung kejadian yang berlaku.
"Buat masa ini mereka kekal seperti diumumkan oleh Ketua Polis Negara (Tan Sri Razarudin Husain) iaitu ditahan di bawah Sosma.
"Undang-undang itu membolehkan kita untuk guna pakai dan (untuk) maksud proses (siasatan) yang berlaku untuk membolehkan siasatan berlangsung.
"Mereka juga ada pilihan untuk membawa peguam kerana Sosma membenarkan untuk (suspek) berbuat demikian," katanya dalam sidang media di sini pada Jumaat.
Beliau sebelum itu hadir Majlis Pemakaian Pangkat Secara Medan dan Posthumous dan Program Penerapan Nilai-Nilai Murni Menteri Dalam Negeri Bersama PDRM di Pusat Latihan Polis Malaysia (PULAPOL), di sini.
Pada 24 Mei lalu, Razarudin berkata kesemua suspek yang berusia 19 hingga 62 tahun itu ditahan semula di bawah Sosma selepas tempoh reman mereka berakhir.
Sosma membenarkan penahanan mana-mana suspek selama 28 hari tanpa perbicaraan.
Dalam kejadian serangan pada 2.45 pagi 17 Mei lalu, Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, meninggal dunia selepas diserang seorang lelaki bertopeng bersenjatakan parang.
Sementara itu Koperal Mohd Hasif Roslan cedera akibat tembakan di bahu kiri dan pinggul berada dalam keadaan stabil dan masih dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI).
Penyerang terbabit maut ditembak dalam kejadian berkenaan.
Hasimi Muhamad
Fri Jun 14 2024
Saifuddin (tengah) berkata, pihak polis boleh menggunakan undang-undang Sosma untuk menjalankan siasatan berhubung kejadian yang berlaku. - Foto Astro AWANI/Noor Fitri
Abdul Hadi bertemu BJI, bincang perkukuh gerakan Islam antarabangsa
Pertemuan antara Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan delegasi Bangladesh Jamaat Islami (BJI) berpotensi memperkukuh jaringan gerakan Islam di peringkat antarabangsa.
PDRM siap siaga kawalan keselamatan sempena WTD, WTC - KPN
PDRM sentiasa bersiap siaga dalam aspek keselamatan terutama membabitkan acara berskala besar peringkat antarabangsa seperti World Tourism Day (WTD) dan World Tourism Conference (WTC).
Mayat kanak-kanak lemas ditemukan di pesisir pantai Bachok
Pencarian kanak-kanak lelaki yang hilang selepas terjatuh di Pantai Kandis, Bachok berakhir apabila mayatnya ditemukan 11.15 pagi ini, kira-kira enam kilometer dari tempat kejadian.
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya untuk Syria?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
Ideologi keganasan: Adik suspek serang Balai Polis Ulu Tiram mengaku tidak bersalah
Mahkamah Tinggi menetapkan 9 Januari 2025 untuk pengurusan kes.
Bapa penyerang Balai Polis Ulu Tiram didakwa sokong Daish, miliki senjata api
Radin Imran membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan semula di hadapan Hakim yang kemudiannya menetapkan 15 Nov ini untuk pengurusan kes.
Abang penyerang Balai Polis Ulu Tiram didakwa sokong, miliki bahan berkaitan Daesh
Abang sulung lelaki yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram sehingga mengakibatkan kematian dua anggota polis dan seorang lagi cedera, hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi.
Fitnah mangsa insiden Balai Ulu Tiram: Tukang cuci dipenjara tujuh hari, denda RM800
Seorang tukang cuci dihukum penjara tujuh hari dan didenda RM800 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas didapati bersalah atas tuduhan memuat naik komen berbaur fitnah di media sosial terhad
Lelaki fitnah anggota polis terkorban insiden Ulu Tiram ditahan
Polis tahan lelaki tempatan berkaitan hantaran komen fitnah terhadap anggota polis yang terkorban dalam insiden tembakan di Balai Polis Ulu Tiram.
Wira insiden tembakan Balai Polis Ulu Tiram pimpin ikrar Rukun Negara, laungan merdeka
Koperal Mohd Khairul Azhar Abbi Paisa memimpin bacaan ikrar Rukun Negara sempena sambutan Hari Kebangsaan 2024 hari ini.
Sebutan semula kes lima anggota keluarga suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram 2 Sept
Mahkamah turut memerintahkan seorang daripada lima tertuduh untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan di hospital.
Pintu pagar balai ditutup 10 malam: Penyampaian perkhidmatan berjalan seperti biasa - KPN
Penyampaian perkhidmatan PDRM berjalan seperti biasa walaupun arahan agar pintu pagar balai polis di seluruh negara ditutup selepas 10 malam.
Hanya pintu pagar balai polis ditutup, operasi berjalan seperti biasa - KDN
Orang ramai masih boleh membuat laporan dan tiada sebarang halangan selepas waktu itu..
Pintu pagar balai polis ditutup selepas 10 malam - Saifuddin Nasution
Tindakan itu adalah sebagai antara langkah untuk memperketatkan keselamatan di premis berkenaan susulan insiden di Balai Polis Ulu Tiram, Johor baru-baru ini.