SEPANG: Segala-galanya ibarat tidak menjadi buat pelumba Moto3 negara Syarifuddin Azman apabila beliau terus menampilkan aksi hambar dalam Kejohanan Motosikal Dunia (MotoGP) 2023 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hari ini.
Pelumba berusia 22 tahun yang lebih dikenali sebagai Damok itu bakal memulakan perlumbaan di tempat terakhir selepas menamatkan saingan kelayakan 1 di kedudukan tercorot dengan 2 minit 13.499 saat (s).
Terdahulu, beliau menampilkan prestasi kurang memberangsangkan selepas melengkapkan sesi latihan ketiga di tempat kedua terakhir (ke-27) dengan merekodkan 2 minit 14.199s.
Beliau bagaimanapun kekal optimis masih mempunyai peluang untuk melakar kejutan sekiranya pasukan MT Helmets-MSi mampu memastikan jentera KTM yang digunakan berada dalam keadaan terbaik pada perlumbaan sebenar esok.
"Kurang gembira dengan keputusan minggu ini dan disebabkan ini perlumbaan di tempat sendiri agak kecewa tidak dapat tunjukkan prestasi baik depan peminat.
"Serba tidak jadi (jumpa) 'setting' agak lambat. Jika esok kumpulan boleh 'buat jentera' pasti ada kejutan, sebab kita tahu John McPhee pun pernah ada di belakang tapi akhirnya menang perlumbaan. Kalau dia boleh, saya pun boleh buat," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Ditanya sekiranya Damok mempunyai masalah komunikasi bersama kru pasukannya ketika ini, beliau memaklumkan masih terdapat percanggahan maklumat antara apa yang dimintanya dan diberikan mereka.
"..mereka keliru contoh saya jelaskan ke arah ini tapi mereka buat lain," katanya.
Sementara itu, Jaume Masia dari Leopard Racing menyambar petak hadapan esok selepas muncul pelumba terpantas pada pusingan kelayakan dengan catatan 2:10.846.
Pelumba dari Belanda Collin Veijer dari Liqui Moly Husqvarna Intact GP pula berada di tempat kedua (2:11.752) diikuti pelumba Rivacold Snipers Team, Matteo Bertelle di kedudukan ketiga (2:11.778s).
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 11 2023
Damok itu bakal memulakan perlumbaan di tempat terakhir selepas menamatkan saingan kelayakan 1 di kedudukan tercorot dengan 2 minit 13.499 saat (s). - Gambar/ IG @zkracingteam
Hari Ibu: Raja Permaisuri Agong berangkat ke sambutan peringkat kebangsaan
Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke majlis sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan 2024 Di Pusat Keluarga Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (Lppkn) Di Ayer Keroh, Melaka.
JS-SEZ dijangka dibangunkan di Iskandar Malaysia dan Pengerang - Onn Hafiz
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JSSEZ) dijangka dibangunkan di kawasan Iskandar Malaysia dan Pengerang melibatkan keluasan 3,505 kilometer persegi.
KKM sasar sifar kes kusta menjelang 2030
Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan sifar kes kusta tempatan baharu menjelang 2030, kata Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
MFL diminta pertingkat kawalan keselamatan di stadium, tempat penginapan
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) meminta Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) meningkatkan tahap keselamatan pemain ketika pergi dan pulang dari stadium.
Ballon d’Or berpotensi milik Vinicius - Carlo Ancelotti
Junior merakamkan persembahan menakjubkan untuk membantu Real Madrid memenangi trofi saingan LaLiga dan memburu Piala Liga Juara-juara Eropah keduanya.
Rebut takhta popular, YouTuber maut ditikam pesaing sewaktu bersiaran langsung
Insiden berlaku semasa Joddoltv bersiaran langsung ketika menghadiri perbicaraan di mahkamah membabitkan dia dan suspek.
Bas terbalik di Jawa Barat ragut 11 nyawa, puluhan cedera
Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh dan puluhan cedera apabila bas persiaran yang dinaiki mereka terbalik di jalan berbukit di Subang, Jawa Barat.
'Penentu kejuaraan EPL di tangan kami' - Guardiola
PEP Guardiola berkata penentuan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) berada di tangan mereka sendiri selepas kemenangan 4-0 ke atas Fulham pada Sabtu.
Jangan jadi seperti Abu Lahab dan jual nama Islam - Veteran UMNO
Mustapha menyeru pemimpin Perikatan Nasional (PN) untuk berhenti berperangai seperti Abu Lahab dan menjual nama Islam dan perpaduan Melayu.
Laluan utama Kampung Batu 3 Mambau runtuh selepas hujan lebat
Disebabkan kejadian itu, penduduk di kedua-dua kampung terpaksa menggunakan laluan jauh untuk ke mana-mana.
Moto3: Masa depan Damok semakin kabur
Prestasi mengecewakan pelumba Moto3 negara Syarifuddin Azman pada GP Motosikal Malaysia 2023 semalam, kian menutup peluangnya.
Tindakan agresif Damok 'makan diri' di Sepang
Tindakan agresif pelumba Moto3 negara Syarifuddin Azman pada aksi perlumbaan Grand Prix Motosikal Malaysia 2023, memakan diri sendiri.
Serba tidak menjadi buat Damok di Sepang
Segala-galanya ibarat tidak menjadi buat pelumba Moto3 negara Syarifuddin Azman apabila beliau terus menampilkan aksi hambar dalam Kejohanan Motosikal Dunia (MotoGP) 2023 di Litar Antarabangsa Sepang.
SIC, ZK Racing bincang masa depan Damok
Pihak Litar Antarabangsa Sepang (SIC) akan mengadakan perjumpaan bersama pengurus pasukan ZK Racing Zulfahmi Khairuddin bagi membincangkan masa depan pelumba Moto3 negara, Syarifuddin Azman.
Damok raih lima mata berharga di GP Argentina
Damok menamatkan saingan perlumbaan pada kedudukan ke-11 dengan catatan masa 35 minit dan 32.132 saat.
GP Malaysia: Damok 'kecewa' gagal lebih pantas
Syarifuddin menyifatkan prestasinya dalam perlumbaan di SIC sedikit sebanyak dipengaruhi tetapan jentera yang digunakan.
GP Malaysia: Damok sahut cabaran untuk berada di kelompok utama
Pelumba muda negara Syarifuddin Azman bertekad untuk berada dalam kelompok hadapan meskipun hanya beraksi atas tiket wild card' Moto3 pada pentas Kejuaraan MotoGP di Grand Prix (GP) Malaysia 2022.
Peluang lihat wakil negara beraksi di GP Malaysia masih terbuka
Zulfahmi berkata usaha untuk memastikan pelumba negara mendapat tiket wild card bagi beraksi di Sepang sedang giat berjalan.
Damok raih tempat kedua pada dua perlumbaan di Barcelona
Pelumba negara, Syarifuddin Azman meraih tempat kedua berganda pada Kejuaraan Dunia Junior GP di Litar de Barcelona di Sepanyol, hari ini.
Damok sedia gegar litar perlumbaan GP Sepanyol dan Portugal
Syarifuddin lebih dikenali sebagai Damok yang beraksi atas tiket 'wildcard' akan membuat penampilan itu dalam kelas Moto3.