awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serpihan roket: Agensi bertanggungjawab perlu beri makluman awal

Astro Awani
Astro Awani
04/08/2022
04:35 MYT
Serpihan roket: Agensi bertanggungjawab perlu beri makluman awal
Pemakluman awal membolehkan semua pihak bersedia dan bertindak untuk berada di kawasan selamat.
KUCHING: Agensi berkaitan yang memantau aktiviti dan sebarang fenomena di ruang angkasa perlu memberi makluman awal kepada umum jika wujud sebarang insiden untuk mengelak keresahan dan situasi panik.
Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Dr Hazland Abang Hipni berkata walaupun kejadian itu tidak dapat dielakkan atau sukar dikawal tetapi usaha perlu dilakukan untuk mengelak ia menimbulkan keresahan penduduk, selain mengakibatkan kemalangan jiwa serta kerosakan harta benda.
"Sehubungan itu, agensi-agensi ini perlu mempunyai mekanisme tertentu untuk membolehkan pihak berkenaan mendapat maklumat awal tentang apa jua kemalangan yang berlaku di ruang angkasa negara.
“Usaha ini penting supaya maklumat itu dapat disebarkan segera kepada orang ramai melalui pelbagai media termasuk media sosial," katanya sebagai mengulas kejadian serpihan roket yang jatuh di beberapa kawasan di Sarawak baru-baru ini.
Tambah Dr Hazland, pemakluman awal membolehkan semua pihak bersedia dan bertindak untuk berada di kawasan selamat.
“Bagaimanapun kita perlu bersyukur kerana kejadian serpihan roket Long March 5B milik China yang dilaporkan melintasi ruang udara negeri ini tengah malam Ahad lalu tidak menyebabkan sebarang kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda," katanya.
Menurut laporan media, serpihan roket berkenaan terbakar semasa memasuki ruang udara bumi dan pergerakan serpihan ini turut melintasi ruang udara Malaysia serta dapat dikesan di beberapa kawasan di Sarawak.
Media antarabangsa sebelum ini melaporkan, serpihan itu merupakan sebahagian daripada roket milik China yang dilancarkan pada Ahad lalu dari Pusat Pelancaran Angkasa Wenchang di Wenchang, selatan China.
Topic Berkaitan
#roket Long March 5b
#Serpihan roket
#Dr Hazland Abang Hipni
#ruang udara Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan