REMBAU: Ribuan telur ayam pecah dan bertaburan di atas jalan raya selepas sebuah lori membawa muatan itu terlibat dalam kemalangan di Kilometer 242.6 Lebuhraya Utara Selatan(PLUS) arah utara di sini pada Jumaat.
Kejadian kira-kira jam 9 pagi itu mengakibatkan kesesakan lalu lintas sejauh lima kilometer.
Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad berkata, siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku selepas lori berkenaan hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar pembahagi jalan di sebelah kiri.
"Ia mengakibatkan lori itu terbalik dan muatan telur dibawanya bertaburan di atas jalan.
"Pemandu lori iaitu lelaki berusia 30 tahun mengalami kecederaan ringan dan telah dibawa ke Hospital Rembau untuk rawatan lanjut,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, kesesakan lalu lintas bagi arah utara berpanjangan dalam tempoh kira-kira dua jam bagi tujuan pembersihan lokasi kemalangan. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Jan 20 2023

Lori membawa muatan telur terbalik menyebabkan telur pecah dan bertaburan di Kilometer 242.6 PLUS arah utara di Rembau pada Jumaat. - Foto sumber Facebook

Pembangkang kemuka usul di Dewan Rakyat
Pembangkang akan mengemukakan usul berhubung dakwaan kegagalan lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Arab Saudi di Dewan Rakyat. Ketua Jawatankuasa Hal Ehwal Antarabangsa Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, kegagalan yang didakwa tersebut merupakan satu tamparan hebat ke atas Malaysia.

Bengkel motosikal tawar tayar Rahmah RM5
Dengan niat untuk meringankan beban pengguna, terutama golongan B40, sebuah bengkel motosikal di Kajang, Selangor baru-baru ini telah menawarkan jualan tayar motosikal pada harga Rahmah RM5.

Kanak-kanak lelaki cedera tersepit pintu lif
Seorang kanak-kanak lelaki berusia satu tahun setengah mengalami kecederaan di kepala selepas terjatuh dan tersepit di lubang antara pintu lif dan dinding bangunan, hari ini.

AWANI Ringkas: Kementerian teliti cadangan buka semula kedutaan di negara konflik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kurma, buah 'tak cantik' miliki kuasa luar biasa
Menurut perubatan moden, kurma mempunyai 10 unsur yang penting untuk manusia kekal sihat dan cergas.

AWANI Global: Banteras Diskriminasi Kaum
Malaysia mencatatkan jumlah insiden perkauman, diskriminasi kaum dan xenofobia tertinggi pada tahun 2022. Ikuti diskusi Jerald Joseph, Pengarah Pusat KOMAS bersempena Hari Antarabangsa Membanteras Diskriminasi Berdasarkan Kaum.

Raja Permaisuri Agong rasmi Masjid Tunku Azizah Iskandar di Bentong
Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan merasmikan dan menamakan semula Masjid Kampung Baru di sini sebagai Masjid Tunku Azizah Iskandar sempena nama baginda.

Bekalan ayam mencukupi sehingga Aidilfitri
Bekalan ayam mentah di seluruh negara masih dijangka mencukupi sehingga menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri akhir bulan depan.
![AWANI 7:45 [26/03/2023] - Peringatan kepada ahli politik | Tak percaya didera AWANI 7:45 [26/03/2023] - Peringatan kepada ahli politik | Tak percaya didera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2015742/34324862771679837297531_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [26/03/2023] - Peringatan kepada ahli politik | Tak percaya didera
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar Tumpuan #AWANI745 malam ini: Sultan Selangor ingatkan ahli politik jangan guna agama nak raih populariti Kaki tiga beradik dirantai demi keselamatan, dakwa kakak suspek Anthony Loke sanggah kritikan, tegaskan tiada lantikan politik dalam GLC Polemik lawatan PM ke Arab Saudi, pembangkang kemuka usul di Parlimen #AWANInews

#AWANIByte : Lebuhraya DASH - Laluan Alternatif Elakkan Kesesakkan
Penjimatan masa perjalanan sehingga 70% dari Puncak Perdana menuju ke Kuala Lumpur berbanding laluan sedia ada, Lebuhraya DASH terbukti laluan alternatif baharu yang berkesan bagi mengelak kesesakan. Dibina 90% secara bertingkat, dengan pelbagai ciri binaan unik termasuk penghadang bunyi lebuh raya kepungan penuh pertama di Malaysia, Lebuhraya DASH adalah antara lebuh raya paling canggih di negara ini

Sesak 5km: Ribuan telur ayam pecah, bertaburan atas jalan
Ribuan telur ayam pecah dan bertaburan di atas jalan raya selepas sebuah lori membawa muatan itu terlibat dalam kemalangan dekat Rembau.