awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SESB bakal laksana pemasangan meter pintar

Bernama
Bernama
18/09/2024
20:00 MYT
SESB bakal laksana pemasangan meter pintar
Sabah Electricity Sdn Bhd akan melaksanakan projek pemasangan meter pintar menerusi dua fasa dalam usaha menaik taraf kualiti perkhidmatan bekalan elektrik di negeri itu.
KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) akan melaksanakan projek pemasangan meter pintar menerusi dua fasa dalam usaha menaik taraf kualiti perkhidmatan bekalan elektrik di negeri itu, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Yaakob Jaafar.
Beliau berkata, projek meter pintar itu akan dilaksanakan secara berperingkat dengan pemasangan fasa satu sebanyak 6,497 unit melibatkan pengguna daripada kategori Pengguna Kuasa Tinggi dan pemegang akaun Feed-i-Tariff (FIT).
"Sebanyak 60 unit akan dipasang dalam tempoh dua bulan percubaan ini menyasarkan pengguna yang telah dipilih untuk memastikan sistem dan operasi pengebilan lancar, manakala baki 6,437 unit akan dilaksanakan sebaik sahaja fasa percubaan mencapai objektif pelaksanaan projek ini," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.
Menerusi penggunaan meter pintar itu, katanya, pengguna dapat merancang jumlah atau had penggunaan elektrik bulanan dan akan menerima notifikasi apabila jumlah bil sasaran bulanan telah mencapai had yang ditetapkan.
"Ciri-ciri baharu ini adalah bertepatan dan bersesuaian dengan usaha SESB mendukung dan merealisasikan hasrat kerajaan memberikan manfaat kepada rakyat dengan memperkasakan bidang ekonomi digital," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#SESB
#bekalan elektrik
#Sabah
#meter pintar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan