awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sesi pagi Dewan Rakyat hangat dengan isu doktor kontrak

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
08/12/2021
03:11 MYT
Sesi pagi Dewan Rakyat hangat dengan isu doktor kontrak
Kenyataan daripada Noor Azmi membuatkan Nie Ching tidak begitu berpuas hati dan terus mengasak Noor Azmi berhubung isu tersebut. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Isu doktor kontrak menghangatkan sesi pagi sidang Dewan Rakyat selepas Teo Nie Ching (PH - Kulai) mendakwa Kementerian Kesihatan (KKM) gagal mencapai matlamat terutamanya dalam menyelesaikan isu tersebut.
Beliau berkata demikian selepas Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali memaklumkan unjuran keperluan doktor mengikut rancangan lima tahun di mana pada tahun 2025, seorang doktor adalah untuk 400 rakyat.
Kenyataan itu membuatkan Nie Ching tidak begitu berpuas hati dan terus ‘mengasak’ Noor Azmi berhubung isu tersebut.
“Saya nak tanya, pada masa sama, kita ada hartal doktor kontrak yang mana ramai doktor itu tidak dapat kontrak, tidak dapat jawatan mereka.
“KKM gagal untuk mencapai satu matlamat yang ditetapkan pada tahun 2020,” kata Nie Ching.
Noor Azmi kemudian membalas: “Saya pun sedih tengok cara dia tanya soalan, berulang-ulang dan menyebabkan keresahan dan ‘anxiety’ kepada Yang Berhormat lain. Macam mana nak capai matlamat kalau macam itu.
“Yang pentingnya kita ada matlamat dan bila kita ata matlamat, kita akan berusaha. Seperti mana saya terangkan tadi, kita ada lima perkara yang kita kaji dan perkara ini adalah dinamik, bergantung kepada apa berlaku di hospital, negeri-negeri dan daerah-daerah.
“Kita dah tetapkan dan sekarang ini rancangan limat tahun, dalam RMK-12, 1 bersamaan 400 doktor. Jadi sekali lagi saya nak sarankan, yang pentingnya kita ada matlamat dan kita tetap mencari satu matlamat untuk kita usahakan,” katanya.
Nie Ching yang tidak berpuas hati dengan jawapan itu terus bangun mencelah:
“Matlamat tidak dicapai, itu masalahnya. Buat apa kita ada matlamat tetapi tiada langkah untuk pastikan kita capai matlamat tersebut,” katanya.
Begitupun, ketegangan itu reda selepas Datuk Seri Ahmad Maslan (BN - Pontian) bangun dan bertanya soalan tambahan kepada Noor Azmi.
Topic Berkaitan
#Doktor Kontrak
#Dewan Rakyat
#Teo Nie Ching
#KKM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan