awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia-India berpotensi jadi suara dialog serantau - PM Anwar
Sekurang-kurangnya 20 kanak-kanak Sudan maut pada Januari - UNICEF
Pilihan Raya Datuk Bandar KL: 'Tunggu kajian UIAM' - Kor Ming
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sesi persekolahan di negeri PKP, PKPB, PKPP? Ini yang anda perlu tahu

Fareez Azman
Fareez Azman
12/01/2021
11:38 MYT
Sesi persekolahan di negeri PKP, PKPB, PKPP? Ini yang anda perlu tahu
Dr Mohd Radzi mengadakan sidang media khas mengenai pengoperasian institusi pendidikan di bawah KPM pada Selasa. - Sumber foto FB/DrRadziJidin
KUALA LUMPUR:Hanya murid yang bakal menduduki peperiksaan utama dibenarkan kembali ke sekolah pada 20 Januari depan di negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Menteri Kanan Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin.
Berikut adalah perincian yang diumumkan oleh beliau dalam sidang media khas pada Selasa:
Negeri PKP (Johor, Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan)
- Murid bakal menduduki peperiksaan SPM, SVM, SKM, STPM, STAM, DVM dan peperiksaan antarabangsa setara dibenarkan kembali ke sekolah pada 20 Januari 2021.
- Murid sekolah Tahun Satu hingga Enam serta Tingkatan Satu hingga Empat di negeri PKP akan menjalani proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
- Murid sekolah berasrama penuh dan asrama sekolah harian yang akan menduduki peperiksaan seperti di atas dibenarkan pulang ke asrama mulai 16 Januari 2021.
- Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) bagi Tingkatan Satu ialah pada 20 hingga 29 Januari 2021, manakala bagi Tingkatan Empat antara 15 hingga 25 Februari 2021.
- Guru dan anggota kumpulan pelaksana yang terlibat dalam kelas peperiksaan, pengurusan peperiksaan serta yang diarahkan Ketua Jabatan hendaklah kembali ke stesen masing-masing sebelum 20 Januari 2021.
- Pelajar matrikulasi kekal berada di kolej dan sesi proses Pengajaan dan Pembelajaran (PdP) secara hibrid dilaksanakan.
- Institusi Pendidikan Guru (IPG) akan menjalani PdP bagi semua program pengajian secara dalam talian mulai 17 Januari 2021.
- Institusi pendidikan swasta dan sekolah antarabangsa - PdP secara bersemuka hanya dibenarkan untuk kelas peperiksaan sahaja.
- Tadika swasta yang berdaftar di bawah Kementerian Kementerian Pendidikan (KPM) boleh beroperasi secara bersemuka.
BACA: Sekolah di negeri PKPB, PKPP dibuka 20 Januari, tadika swasta beroperasi macam biasa
Atas konteks keperluan, tadika swasta di kawasan PKP dibenarkan beroperasi
Ini penjelasan bagi mereka yang bersekolah swasta dan antarabangsa
Boleh pulang ke asrama pada 16 Januari 2021
Negeri PKPB (Kedah, Kelantan, Pahang, Perak, Negeri Sembilan dan Terengganu) dan PKPP (Perlis dan Sarawak)
- Murid Tingkatan Satu, Empat dan Enam dibenarkan kembali ke sekolah pada 20 Januari 2021.
- Murid prasekolah, sekolah rendah bagi Tahun Satu hingga Enam dibenarkan mengadakan proses PdP secara bersemuka di sekolah.
Pelajar, calon peperiksaan utama termasuk SPM dibenarkan hadir ke sekolah
- Tingkatan Dua dan Tiga hanya dibenarkan kembali ke sekolah pada 8 Mac 2021 seperti yang diumumkan Menteri Kanan Pendidikan sebelum ini.
- Pelajar Kolej Vokasional bagi Semester Dua dan Lima untuk Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan Diploma Vokasional Malaysia (DVM) dibenarkan menjalani proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka.
- Pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) juga dibenarkan menjalani proses PdP secara bersemuka.
- Pelajar matrikulasi kekal berada di kolej dan sesi proses PdP secara hibrid dilaksanakan
Topic Berkaitan
#SPM
#Kedah
#Pahang
#PKPP
#PKPB
#peperiksaan
#pengajaran dan pembelajaran
#PKP
#SKM
#Malaysia
#pelajar
#Kuala Lumpur
#Kementerian Pendidikan
#Negeri Sembilan
#pendidikan
#guru
#menteri
#Putrajaya
#sekolah
#murid
#darurat
#KPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan