KUALA LUMPUR: Sesi persekolahan bagi kalendar akademik sesi 2022/2023 ditetapkan bermula 21 Mac 2022 bagi semua sekolah di seluruh negara di bawah Kementerian Pendidikan (KPM).
Menurut KPM, sesi persekolah tahun ini dilanjutkan sehingga 20 Mac 2022, bermula 2 Januari 2022 (bagi Kumpulan A) dan 3 Januari (Kumpulan B).
KPM turut memaklumkan, bagi sesi persekolahan tahun ini dilanjutkan sehingga 20 Mac 2022 bermula 2 Januari (Kumpulan A) dan 3 Januari (Kumpulan B) bagi Penggal 3, 2021/2022.
[Sekolah-sekolah negeri Kumpulan A ialah Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu manakala negeri selebihnya adalah dalam sekolah Kumpulan B.]
Menurut KPM, Kalendar Akademik Sesi 2022/2023 pada 21 Mac 2022 hingga 11 Mac 2023 bagi sekolah di negeri Kumpulan A dan pada 21 Mac 2022 hingga 12 Mac 2023 bagi sekolah di negeri Kumpulan B.
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin sebelum ini dilaporkan berkata, sesi persekolahan 2022 kekal pada Mac tahun depan sebagaimana yang diputuskan Kementerian Pendidikan.
Keputusan itu dibuat berdasarkan perbincangan dan penelitian mendalam dengan pelbagai pihak termasuk beberapa pakar, wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di samping pengetua dan guru besar.
Ketetapan itu, kata Radzi merupakan langkah efekti dalam mendepani situasi pandemik COVID-19 ketika ini dan tempoh tersebut itu dapat memberi ruang yang cukup kepada pelajar sebelum naik ke kelas berikutnya.
Sesi Persekolahan Penggal 3, 2021/2022 dan Kalendar Akademik Sesi 2022/2023 boleh dimuat turun melalui laman sesawang KPM di pautan https://www.moe.gov.my/takwim mulai hari ini.
Astro Awani
Mon Nov 15 2021
Menurut KPM, Kalendar Akademik Sesi 2022/2023 pada 21 Mac 2022 hingga 11 Mac 2023 bagi sekolah di negeri Kumpulan A dan pada 21 Mac 2022 hingga 12 Mac 2023 bagi sekolah di negeri Kumpulan B. - Gambar fail
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Sesi persekolahan tahun depan bermula 21 Mac
Sesi persekolahan bagi 2022 ditetapkan bermula 21 Mac 2022 bagi semua sekolah di seluruh negara di bawah Kementerian Pendidikan (KPM).