Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan menyifatkan tidak pernah luntur semangat selepas tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab menggodam laman webnya pada Selasa.
Jelasnya, perjuangannya untuk memberi penerangan tentang pelbagai isu semasa negara dan menyampaikan hasrat kerajaan untuk kebaikan rakyat tidak akan dihentikan walaupun laman webnya digodam dan diletakkan surat palsu meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak meletakkan jawatan.
"Tindakan itu tidak sedikit pun melunturkan semangat saya. Jika takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai; jika takut tanah runtuh, jangan berumah di atas bukit.
"Dalam hal ini saya pertahankan keputusan kerajaan untuk laksana cukai barang dan perkhidmatan (GST), tentunya Kementerian Kewangan (MOF), Kastam dan pakar-pakar ekonomi negara yakin yang GST lebih baik daripada cukai jualan dan perkhidmatan (SST) untuk rakyat dan negara ini.
"Jika GST tidak baik, mana mungkin 170 daripada 193 negara di dunia atau 88 peratus telah melaksanakannya.
"Untuk GST fasa Mei ini, Kastam dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah mula membawa peniaga-peniaga yang tidak beretika ke mahkamah," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
Laman web rasmi Ahmad (ahmadmaslan.com) digodam oleh penggodam yang bernama Anonymous dan tertera perkataan 'Suara Rakyat', 'We are anonymous', 'We are legion', 'We do not forgive' dan 'Expect us'.
Satu surat layang yang ditujukan kepada perdana menteri turut terpapar dalam web tersebut.
Antara intipati surat layang terbabit termasuklah isu-isu semasa seperti GST, 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan (POTA) 2015, selain gesaan supaya Najib meletak jawatan sebagai perdana menteri.
Antara isi surat layang yang ditulis penggodam di laman web Ahmad. -Sumber gambar web ahmadmaslan.com
Sebelum ini, Ahmad dilaporkan kecewa apabila kebanyakan kenyataannya terutama mengenai isu GST banyak diputarbelitkan oleh beberapa pihak.
Kata Ahmad lagi, GST telah dicemari oleh peniaga yang degil dan pembeli disaran memilih peniaga beretika dan menjual barang serta perkhidmatan dengan harga patut sahaja di dalam urusniaga.
Jelasnya, walaupun kehidupannya sebagai seorang menteri banyak berubah selepas pelaksanaan GST apabila sering menjadi sasaran ditertawakan, namun beliau sedar tanggungjawabnya untuk terus memberi penerangan kepada orang ramai mengenai kebaikan cukai itu.
Sementara itu, Pengerusi Biro Media Sosial, Pergerakan Pemuda UMNO, Ibdilillah Ishak meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) diminta menyiasat pihak yang menjadi dalang menggodam laman web Ahmad.
Tegasnya, ia merupakan fitnah yang berniat jahat untuk memecahbelahkan perpaduan sesama pimpinan negara.
"Menjadi pengetahuan umum kebelakangan ini Ahmad berdepan dengan kritikan yang hebat berhubung beberapa kenyataan yang dibuatnya. Namun itu bukanlah alasan untuk segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab ini untuk menggodam laman web rasminya.
"Saya menggesa agar pihak berkuasa khususnya SKMM menyiasat kejadian ini dan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap penggodam laman web tersebut," katanya.
Kata Ibdillah, penggodaman ke atas laman web rasmi Ahmad seharusnya dikutuk keras oleh masyarakat negara ini.
BACA: Ahmad Maslan kecewa banyak kenyataannya telah diputar belit
Pada Januari tahun ini, laman web rasmi syarikat penerbangan MAS telah digodam berulang kali oleh penggodam yang menamakan diri mereka Cyber Caliphate.
Pengguna internet yang melayari URL www.malaysiaairlines.com dibawa ke satu laman web yang memaparkan imej pesawat Malaysia Airlines.
BACA: Penggodaman laman web MAS boleh dielak jika sistem sentiasa dipantau - CyberSecurity Malaysia
Selain MAS, laman web Google Malaysia pernah digodam pihak yang menggelarkan diri mereka sebagai TiGER-M@TE.
BACA: Google Malaysia digodam?
Ia menyebabkan akses terhadap laman utama enjin pencarian popular itu tidak dapat dicapai malah satu paparan berwarna hitam yang tertera perkataan "Hacked" dipaparkan.
Wan Syamsul Amly
Tue May 05 2015
AHMAD MASLAN: Setakat laman web digodam, saya langsung tak goyang. -Gambar fail
22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sekurang-kurangnya 22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza pada Sabtu, menurut petugas perubatan Palestin.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam kerajaan perpaduan.
Intan Najuwa selamat bersalin anak sulung, beri nama Imane Lunara
PELAKON Datin Intan Najuwa selamat melahirkan cahaya mata sulungnya dan memberi nama Imane Lunara.
GRS Kekal Teruskan Kerjasama Dengan PH Sabah Hadapi PRN Ke-17 - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memberi bayangan untuk kekal terus bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) Sabah dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional (PN), kata Ahmad Zahid.
Operasi khalwat: Tidak wajar rakam guna kamera telefon peribadi - Peguam
Menurut Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang pegawai penguat kuasa agama hanya boleh membuat rakaman untuk tujuan siasatan atau prosedur mahkamah.
Kenaikan tambang feri ke Langkawi bagi warga Malaysia dibatalkan
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd membatalkan kenaikan kadar tambang feri yang dijadualkan dikuatkuasakan 1 Januari depan susulan nasihat Kementerian Pengangkutan (MOT).
PM Thailand ke Putrajaya esok, perkukuh hubungan dua hala
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia sejak memegang tampuk kerajaan pada Ogos lalu atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Elaun kekal RM8 sehari, tak wajar bincang sekarang - Khaled
Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengekalkan kadar elaun RM8 sehari untuk peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang akan bermula bulan depan.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
[TERKINI] SAPP bebas membuat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional.
Banjir: Kos keseluruhan baiki jalan rosak dianggarkan RM312.1 juta setakat semalam - Nanta
Ia merangkumi RM247 juta bagi menyelenggara jalan Persekutuan, RM40.3 juta untuk pembaikan cerun jalan Persekutuan, manakala jalan negeri melibatkan kos RM24.8 juta.
JKR laksana 559 projek KDN bernilai RM5.635 bilion
Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang dan telah melaksanakan 559 projek untuk Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan jumlah keseluruhan RM5.635 bilion hingga November tahun ini.
Kos baiki jalan terjejas banjir di Kelantan dianggar RM22.5 juta - Ahmad Maslan
Kos membaiki jalan persekutuan dan jalan negeri terjejas akibat banjir di Kelantan dianggar bernilai RM22.5 juta.
SOP perbaiki jalan berlubang dalam tempoh 24 jam perlu diikuti negeri, perbandaran
Ahmad Maslan berkata SOP yang ditetapkan bagi membaiki Jalan Persekutuan berlubang ialah dalam tempoh 24 jam.
Perlu pinda akta sebelum MLFF dilaksanakan - Ahmad Maslan
Kerajaan perlu meminda akta tertentu sebelum sistem pembayaran tol aliran pantas pelbagai lorong atau Multi Lane Fast Flow (MLFF) dilaksanakan.
Pengecilan lorong lebuh raya tidak libatkan Tahun Baharu Cina, Aidilfitri 2025
Pengecilan lorong di Plus dari Sedenak ke Kulai bagi memberi laluan kepada projek pembinaan lorong tambahan di lebuh raya itu, dijangka tidak dilakukan semasa sambutan perayaan Tahun Baharu Cina.
Projek pelebaran lorong tambahan Lebuhraya KL-Karak dijangka mula Januari
Projek pelebaran lorong tambahan Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak (KLK) yang berupaya menangani isu kesesakan terutamanya pada musim perayaan, cuti umum dan hujung minggu dijangka bermula pada Januari.
JKR pantau 10,000 cerun dekat kawasan perumahan, sekolah - Ahmad Maslan
Sebanyak 10,000 cerun yang terletak berhampiran kawasan perumahan termasuk sekolah sedang dipantau Jabatan Kerja Raya (JKR), kata Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan.
Pembinaan LTU Gua Musang-Kuala Krai lancar, isu pampasan sedang diselesaikan
Status pembinaan Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU) Gua Musang-Kuala Krai mengikut ketetapan jadual seperti dirancang.
KKR akan mohon peruntukan RM20 juta bina R&R di LTU - Ahmad Maslan
KKR akan memohon peruntukan RM20 juta untuk membina hentian Rehat dan Rawat (R&R) di Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU), dalam masa terdekat.